Suami Bakar Isteri Hidup-Hidup Sebab Bengang Dituduh Hisap Dadah

12 Jul 2023 • 8:30 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Lagi kejadian yang menyedihkan dan tidak disangka berlaku dalam negara kita. Kali ini seorang suami pula dilaporkan tergamak membakar isteri sendiri gara-gara bengang dituduh hisap dadah.

Kejadian ini berlaku di Kampung Bharu, Manjung Perak dan adik suspek telah menghubungi pihak polis ketika kejadian.

Hasil siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan oleh suspek tidak berpuas hati dengan mangsa dan keluarganya kerana menuduh suspek mengambil dadah.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah turut mengesahkan penangkapan suspek pada jam 11 malam di sebuah restoran di Lumur, Manjung bersama bahan bukti.

Suspek kini direman 7 hari sehingga 18 Julai 2023 dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mangsa berusia 33 tahun bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Seri Manjung pada jam 12.20 tengah hari.

image is not available

Kredit: Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved