Isteri dicerai dengan talak 3 kerana lahirkan baby sindrom down, bibir sumbing

LocalFamily & Parenting
4 Sep 2024 • 7:17 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Tular luahan beberapa wanita yang kesal dengan sikap suami masing-masing tidak mengambil berat tentang keadaan mereka ketika dimasukkan ke wad untuk bersalin atau menghadapi masalah kesihatan lain. Sikap tidak bertanggungjawab si suami, membuatkan mereka merasa tidak dihargai.

Lebih teruk lagi, ada wanita yang mendakwa dia diceraikan suami hanya kerana melahirkan bayi yang tidak sempurna, membuatkan ramai yang terkedu dengan pendedahan tersebut.

Cerai isteri lahirkan bayi sindrom down

“Ingat lagi masa tu, tahun 2013 ketika berada di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU). Brother tu bagi talak tiga terus kat bini dia, sebab bini dia beranak baby sindrom down. Aku yang tengah susukan baby masa tu punyalah tercengang,” kata pengadu pertama.

Dalam satu kes lain, pengadu kedua baru saja lepas bersalin anak kedua dan doktor mengesahkan hemoglobin dalam darahnya terlalu rendah dan dia perlu dimasukkan darah sebanyak tiga kali. Namun, apa yang lebih menyakitkan adalah reaksi suaminya.

Suami yang sepatutnya menjadi teman setia dan penyokong, hanya berkata, “Baik aku kahwin dengan orang lain je”. Kata-kata itu menusuk hati pengadu. Dia bukan hanya menahan rasa sakit bersalin, malah merasa hatinya yang terluka.

Isteri keguguran, suami tak pernah peduli

Berbeza pula dengan pengalaman pengadu ketiga yang mengalami keguguran, dia terpaksa masuk wad seorang diri dan tidak pernah sekali pun suaminya datang melawat.

“Saya pernah masuk wad sebab keguguran. Suami tak pernah datang. Saya terpaksa balik sendiri jalan kaki sampai rumah. Bila dah sampai, tengok dia bergelak ketawa dengan keluarga dia di depan TV,” katanya.

Suami curang dengan betina lain

Luahan yang seterusnya, pengadu keempat dimasukkan ke wad kerana darahnya yang menurun. Sepanjang berada di wad, suaminya jarang datang melawat. Malah ketika anak mereka dimasukkan ke wad, lelaki itu langsung tidak menghiraukan mereka dan pengadu terpaksa menguruskan smeuanya sendiri.

Setelah diselidik, rupa-rupanya si suami sedang asyik berseronok dengan wanita simpanan.

“Aku masuk wad pun sebab darah drop. Sekali dua je suami datang melawat. Aku bersalin pun suami datang sekejap je. Anak masuk wad pun suami tak hiraukan. Semuanya aku urus/buat sendiri. Rupanya suami berseronok dengan betina lain,” ujarnya.

Dicerai kerana lahirkan bayi bibir sumbing

Seorang ibu yang baru sahaja melahirkan anak sulung mengalami kejutan yang memilukan. Belum sempat keluar dari dewan bersalin, suaminya tiba-tiba menceraikannya kerana anak yang dilahirkan mengalami kecacatan bibir sumbing (cleft lip).

“Ingat lagi masa bersalin anak sulung. Masa tu tak tahulah kenapa ramai bersalin anak cleft (sumbing), termasuklah saya.

“Ada seorang ibu tu, belum sempat keluar dari dewan bersalin, tak pasal-pasal suami ceraikan dia sebab dapat anak cleft,” kata pengadu.

Tak sabar nak ‘bersama’

Ada juga isteri yang mendedahkan suaminya tidak sabar untuk ‘bersama’ semula kerana sudah lama tidak melepaskan nafsunya. Sedangkan isterinya masih lagi memerlukan rawatan dan dipantau oleh pihak hospital.

“Aku pernah mengalaminya. Suami kata, ‘Kau ni bila nak keluar wad? Aku tak tahan lagi dah. Lama sangat tak dapat ni’,” kata pengadu.