“Sebaik Mana Orang Itu Pun Belum Tentu Orang Lain Akan Terima Kebaikan Dia” - PU RIz

2 Sep 2024 • 3:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz berkongsi pendapat mengenai sikap segelintir manusia yang hanya gemar melihat keburukan seseorang itu.

Kebaikan tidak dipandang

Menerusi perkongsian di laman sosial, suami kepada selebriti dan usahawan Neelofa ini berkata, kadang-kala kebaikan yang dilakukan seseorang itu juga tidak dipandang.

 

“Benda simple saja. Kalau insan itu benar-benar tidak ada keinginan nak lihat benda baik fasal kita. Diberi bunga pun dikata najis. Nabi musa yang berdakwah pada Firaun pun dia tak terima.

 

“Kita bukan level Nabi, Nabi dan bukan nak cerita yang tu. Cuma point dia sebaik mana orang tu pun belum tentu orang lain akan terima kebaikan dia,” kongsinya.

 

Pada perkongsian yang sama, PU Riz bagaimanapun menitipkan pesanan agar teruskan membuat kebaikan untuk mendapat pahala yang lebih banyak.

 

“Habis itu apa nak buat? Buat baik sampai kau mati. Kerana kita nak bawa balik pahala yang banyak pada Allah. Bukan pujian manusia,” katanya.

 

Rata-rata netizen turut bersetuju dengan pendapat PU Riz dan menganggap berbuat baik kepada diri sendiri juga dapat memberi ketenangan dalam hidup.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved