Isteri Dicerai Talak Tiga Selepas Suami Dapat Kerja ‘Gomen’

22 Oct 2025 • 6:00 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Isteri Dicerai Talak Tiga Selepas Suami Dapat Kerja 'Gomen'

Dalam hidup berumahtangga, kesetiaan dan pengorbanan tidak selalu dibalas dengan penghargaan. Itu yang berlaku kepada Melda Safitri, 33 tahun, seorang isteri dan ibu kepada dua orang anak dari Aceh Singkil.

Isteri dicerai talak tiga

Melda diceraikan oleh suaminya hanya dua hari sebelum lelaki itu dilantik sebagai pegawai tetap kerajaan. Mereka telah berkahwin sejak tahun 2020, dan sepanjang tempoh itu, Melda setia berada di sisi suaminya ketika susah dan belum mempunyai pekerjaan tetap.image is not available

Menurut Melda, perbalahan berlaku pada 14 Ogos 2025 apabila suaminya pulang dari kerja dan memarahinya kerana tiada lauk untuk makan malam. Melda menjelaskan bahawa bahan masakan di rumah sudah habis. Keadaan menjadi tegang apabila isu nafkah mula disebut.

Malam itu juga, suaminya terus mengemas pakaian dan melafazkan cerai.

“Fitri, saya ceraikan kamu dengan talak 1,2 dan 3 dan terus berlalu pergi,” katanya.

Melda akhirnya membawa anak-anaknya pulang ke kampung halaman di Aceh Selatan. Sebuah video menunjukkan Melda menangis sambil dipeluk jiran-jiran ketika mahu pergi.

Video itu menjadi tular dengan lebih 110,000 tontonan dan pelbagai komen simpati daripada warganet.

Peristiwa ini turut menimbulkan perbincangan tentang kelebihan jawatan tetap yang diterima oleh bekas suaminya.

Berdasarkan peraturan semasa, pegawai yang dilantik di bawah skim kerajaan akan menerima gaji pokok penuh 100% mengikut kategori jawatan, berbanding calon penjawat awam tetap yang hanya menerima 80% semasa tempoh percubaan.

Peningkatan status dan gaji mungkin menjadi punca perubahan sikap. Namun bagi Melda, semua itu tidak lagi penting. Dia memilih untuk teruskan hidup demi anak-anaknya.

image is not available

Kisah Melda menjadi perhatian ramai kerana ia melibatkan isu rumah tangga, tanggungjawab, dan penghargaan terhadap pasangan. Tidak semua orang yang mendampingi kita semasa susah akan terus setia ketika senang.

Apa yang penting, seseorang perlu tahu nilai diri dan berani bangkit apabila dilukai.

Sumber: Suara.Com (M Nurhadi)

View Original Article