Isteri Enggan Rawat Bisul Ditampar, Tukang Cuci Loji Dipenjara 2 Bulan

LocalPolitics
17 Oct 2024 • 3:08 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tukang cuci loji air dipenjara dua bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Batu Pahat atas tuduhan menampar isteri kerana wanita tersebut enggan mendapatkan rawatan akibat penyakit bisul, Isnin lalu.

image is not available

Foto: Harian Metro

Menurut laporan Harian Metro, pengakuan tertuduh, Mohd Sahrol Jamaludin dibuat di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddin selepas pertuduhan dikemukakan oleh jurubahasa terhadapnya.

Bapa kepada tiga anak itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya di sebuah rumah di Parit Raja, jam 1 pagi, 14 Oktober lalu.

Fakta kes menunjukkan tertuduh meminta mangsa mendapatkan rawatan di hospital susulan penyakit bisul di belakangnya. Namun, mangsa menolak permintaan itu kerana beranggapan penyakit tersebut sudah menjadi kebiasaan baginya.

Tertuduh yang berang secara tiba-tiba kemudian memarahi mangsa sehingga menimbulkan pergaduhan dan menjadi lebih serius apabila lelaki itu menampar pipi isterinya berkali-kali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahidah Mohd Sharip, manakala diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Normahani Raais.

Mahkamah turut mendedahkan beberapa rekod lampau tertuduh sebelum menjatuhkan hukuman itu, termasuk berkaitan dadah serta mencuri.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara dua bulan berkuatkuasa dari tarikh ditahan, 14 Oktober lalu.

Sumber: Harian Metro (Alias Abd Rani)