Alif Teega didakwa esok atas 2 tuduhan salah guna dana awam

LocalPolitics
19 Sep 2024 • 4:18 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pempengaruh terkenal, Alif Teega didakwa esok atas 2 tuduhan salah guna dana awam di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Memetik laporan dari Harian Metro, Aliff atau nama sebenarnya, Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, akan didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

image is not available

Alif Teega didakwa esok, isteri tidak

Namun, sumber tersebut menjelaskan hanya Alif sahaja yang akan didakwa, manakala isterinya, Aisyah Hijanah Azhari, 26, tidak akan didakwa walaupun mereka telah ditahan bersama tempoh hari.

“Bagaimanapun, hanya Alif yang akan didakwa esok mengikut seksyen itu,” katanya.

image is not available

Alif Teega didakwa esok, SPRM turut mengesahkan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut mengesahkan perkara itu dalam perkongsian di media sosial dan mendapat izin untuk mendakwa pempengaruh berkenaan esok.

image is not available

Terdahulu, Alif Teega dan Aisyah Hijanah telah direman selama empat hari pada Julai lalu bagi membantu siasatan berhubung isu menyalahgunakan dana awam.

Akan tetapi, pempengaruh tersebut melalui peguamnya telah membuat penafian kesemua tuduhan penyelewenangan dan pecah amanah yang dikaitkan dengan dirinya seperti ditularkan di media sosial.

Pasangan pempengaruh dan usahawan itu juga menegaskan dalam beberapa hantaran di media sosial memaklumkan yang mereka tidak pernah menggunakan kutipan dana untuk kepentingan peribadi.

Sumber; Harian Metro (Suraya Roslan)