Isteri Fail Cerai, Harith Iskander Belum Sedia Beri Komen

9 Jul 2024 • 2:30 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelawak terkenal Harith Iskander, enggan mengulas lebih lanjut mengenai isterinya Dr Jezamine yang sudah memfailkan cerai.

Sudah fail cerai

Memetik laporan mStar, Dr Jezamine difahamkan sudah menfailkan cerai terhadap Harith di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan kes tersebut bakal disebut dalam masa terdekat.

Menurut Dr Jezamine, dia mengesahkan sudah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya sekitar bulan Jun lalu bagaimanapun dia belum bersedia mengulas lanjut isu rumah tangganya itu.

“Betul saya telah memfailkan cerai. Saya tidak ingat tarikh sebenar permohonan itu dibuat tetapi lebih kurang sebulan lalu.

Terdahulu, Dr Jezamine mencuri perhatian apabila bergambar di hadapan dewan mahkamah lengkap berjubah dan bertudung ditemani peguam syarie, Datuk Akberdien Abdul Kadir.

Akberdien sebelum ini pernah mewakili beberapa artis popular dalam kes perceraian mereka.

Untuk rekod, Harith dan Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9.

Sumber: Mstar