Isteri Hamil Mengidam Pegang Pinggang Tentera, Suami Tunaikan Buat Netizen Geram - “Tak Semua Benda Kena Ikut!”

1 Oct 2023 • 10:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Tular di media sosial mengenai seorang wanita hamil yang meluahkan keinginan untuk memegang bahagian pinggang seorang tentera laut.

Mungkin kedengaran pelik namun permintaan ditunai oleh suaminya.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, suaminya memanggil salah seorang tentera laut bagi menyatakan permintaan isterinya sekaligus meminta keizinan daripada anggota keselamatan tersebut.

"Isteri saya ini tengah mengidam. Teringin nak pegang pinggang. Boleh?" katanya.

Pegawai lelaki itu kemudiannya bersetuju untuk memenuhi permintaan tersebut.

Dengan wajah yang gembira dan tersipu malu, wanita hamil itu memegang pinggang tentera tersebut hanya beberapa saat sahaja.

Selepas selesai, pasangan suami isteri itu mengucapkan terima kasih atas kesudian anggota itu melayani permintaan pelik seorang ibu hamil.

Bagaimanapun perkongsian tersebut tidak menerima reaksi positif netizen sebaliknya ramai yang geram dengan tindakan lelaki itu kerana membenarkan isteri memegang pinggang lelaki lain.

Sehingga kini video tersebut menerima lebih 2 juta tontonan dan hampir 8,000 komen netizen.
image is not available

View Original Article