Isteri hampir bersalin, Imran Aqil terkesan lihat jarum ‘cheat code’ -“Aku sendiri terkejut!”

LocalFamily & Parenting
6 May 2025 • 10:31 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Selebriti dan juga pempengaruh Imran Aqil terkesan lihat jarum yang digunakan untuk menyuntik epidural ke atas isterinya, Dahlia Rizal yang ketika ini hampir bersalin anak sulung mereka.

Imran Aqil terkesan tengok kesakitan isteri

Menerusi hantaran di Instagram Imran, dia akui terkejut melihat jarum tersebut dan menegaskan bahawa tiada istilah ‘cheat code’ perlu digunakan terhadap ibu-ibu yang sedang berkorban menahan sakit kontraksi untuk bersalin.

image is not available

Imran Aqil terkesan, saksi dari isteri hamil sehingga disuntik epidural

Dia memberitahu telah melihat sendiri fasa seorang ibu dan menjadi saksi kesakitan yang dialami isteri dari mengandung sehingga menerima suntikan epidural sebelum melahirkan cahaya mata.

Jelasnya, tiada istilah ‘cheat’ dalam perjuangan seorang ibu untuk melahirkan cahaya mata mereka.

“Hari ini aku temani isteriku, menghadapi satu lagi fasa ujian sebagai seorang ibu. aku saksikan sendiri kesakitannya, dari mula mengandung, sampai ke saat dia ambil suntikan epidural hari ini.

“Ada yang cakap ini ‘cheat code’ untuk kurangkan sakit bersalin tapi aku sendiri terkejut tengok jarumnya. Tak ada yang ‘cheat’ bila bercakap tentang perjuangan seorang ibu,” tulisnya.

Isteri mohon maaf kepada semua

Dalam pada itu, dia juga menyampaikan pesan isterinya yang memohon maaf serta memohon agar orang ramai dapat mendoakan kelancaran urusannya untuk bersalin.

Imran turut berharap agar Allah S.W.T mempermudahkan urusan mereka dan memberkati keluarga kecilnya kelak.

image is not available

Ramai doakan agar urusan Dahlia dipermudah

Perkongsian selebriti tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata mendoakan agar mereka berdua diberi kemudahan sehingga kelahiran anak sulung.

image is not available

InsyaAllah dipermudahkan semuanya

image is not available

Cepat betul masa berlalu!

image is not available

Sekadar info, Imran telah mendirikan rumah tangga dengan Dahlia Rizal pada 9 September 2023.

Sumber: Instagram ijeebster