Dahlia Rizal Selamat Bersalin, Pilih Nama Yusra - “Alhamdulillah, Meet Our Beautiful Baby Girl”

7 May 2025 • 9:45 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Personaliti media sosial, Dahlia Rizal selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada Selasa.
 

Pilih nama Yusra


Berita gembira itu dimaklumkan sendiri oleh Dahlia dan suaminya, Imran Aqil menerusi hantaran terbaharu di Instagram hari ini.



Menerusi hantaran itu, Dahlia dan Imran juga mengumumkan nama puteri sulung mereka.



Bagaimanapun Dahlia dan Imran tidak mendedahkan wajah bayi comel itu.

“Alhamdulillah, alhamdulillah, meet our beautiful baby girl Yusra. Our baby czer hehe. 

“6 Mei, may babies macam mommy dia, 2.85 kg,” tulisnya.


Hantaran itu juga turut disertakan dengan foto yang merakamkan Dahlia dan Imran sedang mencium pipi  anaknya.


 

        View this post on Instagram                      

A post shared by Dahlia Rizal (@dshazall)


Dalam pada itu, di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan netizen mengucapkan tahniah pasangan berkenaan.



Untuk info, Dahlia mendirikan rumah tangga bersama Imran pada 9 September 2024 selepas setahun mengikat tali pertunangan.



Majlis pernikahan pasangan itu berlangsung di Villa Istana Ayer Keroh Melaka dan diikuti dengan empat lagi majlis resepsi yang diadakan di rumah ibu pengantin perempuan di Melaka dan tiga lagi majlis yang diadakan di Kuala Lumpur.