Isteri Haqiem Rusli ‘belanja’ gambar dada, netizen persoal motif perkongsian

Entertainment
18 Jul 2023 • 10:11 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Isteri kepada penyanyi terkenal, Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea dilihat semakin berani dalam berpenampilan setelah memutuskan untuk membuka tudung pada Aidilfiitri lalu.

Dalam perkongsian terbaru Anis di Instagram, dia telah memuat naik gambar-gambar sewaktu sedang bercuti dengan mengenakan skirt memperlihatkan pahanya dan juga baju yang agak terbuka.

Kongsi gambar dada

Dia juga berkongsi beberapa gambar menunjukkan bahagian dada sahaja tanpa wajah sehingga mendapat pelbagai komen daripada netizen.

“Esok2 belanja pakai bikini pulak”

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang kurang senang dengan penampilan Anis atau nama sebenarnya, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri kerana dilihat sangat terbuka lebih-lebih lagi pada bahagian peha.

Mereka juga pelik dengan posting yang dibuat kerana lebih menfokuskan bahagian dada sehingga membuatkan netizen ‘sakit mata’.

image is not available

“Suami penat cari duit & jaga nama baik dalam industri”

image is not available

Walau bagaimanapun, wanita berusia 21 tahun itu telah menutup ruangan komen selepas menerima pelbagai kecaman daripada netizen yang mempertikaikan tindakannya berpenampilan sebegitu.

image is not available

 

Untuk rekod, Haqiem Rusli telah mendirikan rumah tangga dengan Anis Sofea pada November 2021 dengan wang hantaran sebanyak RM100,000.

Majlis perkahwinan mereka juga digelar sebagai Wedding Of The Year apabila mendapat tajaan bernilai RM7 juta termasuklah barang kemas dari Habib Jewels.

Namun begitu, sekitar Aidilfitri lalu, Anis telah berkongsi gambar dirinya tidak bertudung. Tindakannya telah membuatkan netizen mengecam Haqiem Rusli sehingga menerima pelbagai maklum balas negatif di media sosial miliknya.

Sumber: Instagram anissofea