Isteri Haqiem Rusli Pakai Kain Terbelah, Netizen Pesan Jaga Nama Suami

Entertainment
18 Jul 2023 • 1:50 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Isteri kepada penyanyi popular Haqiem Rusli sekali lagi mengundang perhatian apabila berkongsi foto menunjukkan kain terbelah sehingga menampakkan paha.

Menerusi foto yang dimuat naik di Instagram, Anis Sofea dilihat memakai kemeja berwarna putih dipadankan dengan kain pario bercorak biru.

Di ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa kurang senang melihat penampilan itu. Para peminat Haqiem Rusli khasnya menasihatkan wanita ini supaya menjaga air muka suami yang merupakan penyanyi popular.

image is not available

image is not available

image is not available

Kata netizen, selama Haqiem Rusli dalam industri hiburan dia mencuba sedaya upaya untuk bangkit dengan bakat sendiri bukannya kontroversi.

Jadi peminat merasakan Anis Sofea harus mengekalkan perkara itu meskipun kini tak lagi berhijab.

image is not available

image is not available

image is not available

Kata netizen lagi, Anis boleh memilih pakaian yang lebih sopan dan tidak seksi. Namun, tak lama kemudian Anis dilihat telah menutup ruangan komen di Instagram.

Kredit: Instagram Anis Sofea

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.