Isteri Hilang Ditemui Maut Bersama Kekasih Gelap

18 Feb 2025 • 1:19 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Seorang lelaki di Thailand yang mencari isteri hilang dikejutkan dengan penemuan wanita itu yang maut bersama bersama kekasihnya dalam kereta diletakkan di jalan dekat wilayah tengah Chachoengsao pada 17 Februari.

Portal Thaiger melaporkan, pegawai dari Balai Polis Mueang Chachoengsao dipanggil ke Jalan Nombor 304 dekat daerah Mueang untuk menyiasat sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Isuzu MU-X berwarna putih yang mencurigakan kira-kira jam 9 pagi.

Ia selepas seorang pejalan kaki ternampak lubang tembakan di tingkap tempat duduk penumpang kiri kenderaan dan kemudiannya memaklumkan polis.

Selepas memeriksa kenderaan itu, pegawai polis menemui mayat lelaki warga tempatan berusia 33 tahun, Chatchai Hongcharoen dan wanita, Natticha, 26, dalam keadaan tidak bernyawa.

Chatchai yang juga Ahli Majlis Perbandaran Daerah Kecil Plaeng Yao, ditemui di tempat duduk pemandu dengan kesan tembakan di bahagian kanan kepalanya.

Dia masih memegang pistol Sig Sauer 9mm manakala Natticha, yang duduk di tempat duduk penumpang, juga mengalami luka tembakan di kepala kanannya.

Natticha dilaporkan hilang di Balai Polis Plaeng Yao oleh suaminya, Ttitiwat, 23, pada 16 Februari lalu.

Thitiwat memberitahu ThaiRath bahawa isterinya meninggalkan rumah dengan kenderaan SUV pada pagi 16 Februari dan tidak pulang.

Lelaki itu tidak dapat menghubungi isterinya yang keluar dengan memakai rantai dan gelang emas serta dikhuatiri menjadi mangsa rompakan.

Menerusi video yang dikongsi oleh Saluran 7, Thitiwat dilihat di tempat kejadian di mana mayat isterinya ditemui.

Kelihatan Thitiwat menangis dan seorang rakan terpaksa mengiringinya untuk membolehkan polis meneruskan siasatan mereka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved