Isteri Kantoi Kena Tangkap Basah, Bawa Lelaki Lain Masuk Bilik Ada Anak-anak

Entertainment
30 Jun 2022 • 1:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Memang menyedihkan bila orang yang kita percaya sebenarnya curang dengan kita.

Macam baru-baru ini, seorang isteri dan ibu kepada empat orang anak kantoi bawa lelaki lain masuk ke dalam bilik sewanya di Kulim ketika suaminya keluar bekerja.

Memetik laporan dari Harian Metro, wanita tersebut telah membawa teman lelakinya masuk ke dalam bilik yang didiaminya sebelum dicekup berkhalwat oleh pasukan Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) pada jam 1.40 pagi tadi.

Malah ketika ditangkap basah, pihak berkuasa turut menemui tiga kanak-kanak dipercayai anak kepada wanita tersebut yang sedang tidur.

image is not available

Menurut Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saat, suami wanita tersebut telah keluar bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang tayar di sana.

Pihak kami menerima maklumat berhubung kejadian itu berdasarkan maklumat awam dan melakukan pemeriksaan di bilik sewa yang didiami wanita berkenaan.

Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati, pasangan itu bukan suami isteri atau mahram malah mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen mereka mempunyai hubungan.”

Hasil siasatan lanjut mendapati wanita yang bekerja sebagai tukang cuci dan lelaki yang bekerja sebagai pemandu jengkaut ini telah berkenalan sejak enam bulan lalu di kedai makan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 25(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat.

“Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.”

Hm, mesti suami dia kecewa habis…

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.