Isteri Keluar Rumah Tanpa Izin, Penyanyi Dan Komposer Ippo Hafiz Fail Tuntutan Nusyuz -“Siapa Yang Nak Diuji Begini?”

12 Mar 2024 • 2:46 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi dan komposer, Ippo Hafiz memaklumkan bahawa pernikahan yang dibina bersama isteri sejak tahun 2019 mungkin akan berakhir dengan perceraian.

Ippo berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah, Ampang, Kuala Lumpur pada pagi tadi untuk tujuan sebutan pertama permohonan tuntutan nusyuz yang dibuat terhadap isterinya.

Difahamkan, isteri Ippo yang dikenali sebagai Fara sudah tidak pulang ke rumah sejak November tahun lalu.

Siapa yang nak diuji begini? Kalau tanya saya, saya pun tidak sangka, kami akan pergi sejauh ini. Sebagai suami memang tak sangka saya akan lalui semua ini.

Meskipun begitu, Ippo enggan berkongsi lanjut mengenai masalah rumah tangganya kerana ingin menjaga aib dan kehormatan kedua-dua pihak.

Manakala urusan anak, Ippo memaklumkan bahawa anak bongsu mereka di bawah jagaannya manakala anak sulung bersama isteri.

Anak kedua saya, Ibrahim bersama dengan saya dan anak sulung dengan dia. Jadi Ramadan saya bersama Ibrahim saja.

Tak boleh nak cakap perasaan ini macam mana, saya hanya boleh cakap, saya sayangkan keluarga saya.

Dia turut memohon doa orang ramai agar urusannya dipermudahkan dan memohon maaf kerana tidak boleh berkongsi dengan lebih lanjut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 22 hours ago

"Sangat Biadab Perangai, Berkawan Baik Dengan Isterinya Tapi Bawa Balik Suami Kawan Tu Ke Rumah Berkali-Kali" - Ellie Suriaty