Ippo Hafiz Fail Tuntutan Nusyuz Sebab Isteri Dah 4 Bulan Tak Balik Rumah

Entertainment
12 Mar 2024 • 2:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penyanyi dan komposer Ippo Hafiz atau nama sebenarnya, Muhammad Hafiz Yaziz, 34, hadir ke Mahkamah Rendah Syariah hari ini untuk buat tuntuan nusyuz kepada isterinya, Fara Roslan.

Tuntutan itu dibuat kerana isterinya dikatakan tidak pulang ke rumah mereka sejak November tahun lalu.

image is not available

“Saya memfailkan tuntutan nusyuz terhadap isteri saya kerana isteri saya keluar dari rumah tanpa izin dari November tahun lalu.”

“Pelbagai usaha sudah dilakukan daripada pihak saya, jadi ini adalah satu langkah yang perlu saya buat sebagai suami.”

image is not available

Fara bagaimanapun tidak hadir pada sebutan pertama berlangsung. Ippo juga enggan mengulas lanjut dan hanya memohon orang ramai agar mendoakan urusan mereka dipermudahkan.

“Siapa yang nak diuji begini? Saya pun tak sangka, kami akan pergi sejauh ini. Sebagai seorang suami memang saya tak sangka saya akan lalui semua ini”

“Saya mohon agar semuanya dipermudahkan dan akan berjalan dengan lancar. Saya memang tak boleh berkongsi apa yang berlaku kerana ini membabitkan nama baik keluarga.”

image is not available

Bahkan, peguam syarie yang mewakili Ippo juga ada memaklumklan bahawa Fara telah memfailkan cerai terhadap penyanyi itu.

“Bila kami mahu failkan hak penjagaan anak-anak baru-baru ini, kita dapat makluman pihak sana failkan cerai dan hadanah.”

Malah Ippo turut memaklumkan bahawa salah seorang anak mereka kini di bawah jagaannya dan seorang lagi ada bersama isteri.

Sumber: mStar Online

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.