Isteri kerat anu suami kerana tersebut nama wanita lain ketika ‘bersama’

13 Jul 2024 • 10:24 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Padah menyebut nama wanita lain ketika melakukan hubungan intim, seorang wanita nekad memotong kemaluan suaminya, dalam kejadian di Bandar Baguio, Filipina, minggu lalu.

Suspek berusia 55 tahun bertindak memotong kemaluan suaminya yang sedang tidur dengan menggunakan pisau.

Mangsa kemudian diselamatkan oleh jiran yang terdengar jeritannya sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Ekoran kejadian itu, suspek telah ditahan dan polis turut merampas sebilah pisau yang digunakan dalam kejadian itu.

Siasatan mendapati, suspek mendakwa suaminya mempunyai wanita lain. Namun, dia tidak mempunyai bukti kukuh.

“Suami sebut nama wanita simpanannya, bukannya nama saya (ketika melakukan hubungan intim),” katanya.

Suspek turut mengakui dia terpengaruh dengan alkohol semasa melakukan perbuatan kejam itu. Tetapi baginya, mangsa tidak sepatutnya menafikan dan berbohong jika tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Tetapi tingkah laku suaminya sangat jelas dia sedang menyembunyikan sesuatu.

Suspek kini berdepan dengan hukuman penjara 12 hingga 40 tahun atas pertuduhan mencacatkan anggota badan mangsa.

Sumber: Daily Mail