
Kota Kinabalu: Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (Mutiara GRS) menyantuni 100 anak-anak yatim dan asnaf pada Program Shopping Raya di Servay Hypermarket Likas, Selasa.
Program Shopping Raya bersama Anak-Anak Yatim dan Asnaf itu dianjurkan bersama oleh Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) dan syarikat korporat, Kim Teck Cheong (KTC) Consolidated Berhad.
Anak-anak yatim dan asnaf, berumur 12 tahun ke bawah dari sekitar kawasan parlimen Sepanggar, setiap seorang menerima pakaian Hari Raya bernilai RM200.
Bercakap kepada pemberita di majlis itu, Juliah merakamkan penghargaan kepada Wanita Gagasan Rakyat dan KTC kerana menganjurkan program yang amat bermakna dan memberi keceriaan serta kegembiraan kepada anak-anak yatim dan asnaf menjelang Hari Raya Aidilfitri.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Beliau menggesa syarikat berkaitan kerajaan (GLC), swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan yang mampu agar tampil membantu golongan kurang bernasib baik yang memerlukan perhatian dan pembelaan.
Menurutnya, GLC dan NGO perlu memainkan peranan proaktif dalam menganjurkan dan melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.
“Program dan aktiviti kerja amal serta pelbagai jenis bantuan yang diberikan kepada masyarakat setempat dan golongan memerlukan dapat mengimarahkan dan menambah lagi amalan di bulan Ramadan,” katanya.
Juliah juga menasihatkan ibu bapa agar sentiasa memantau keadaan dan kesihatan anak-anak mereka semasa cuaca panas ketika ini.
“Mereka juga perlu mengelak bermain bunga api yang boleh menyebabkan musibah yang tidak diingini seperti kecederaan pada tangan atau mengakibatkan kebakaran”.
“Kepada keluarga dan individu yang akan balik ke kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri, memandu secara berhemah, berhati-hati dan sentiasa mengutamakan keselamatan di jalan raya”, katanya.
Turut hadir ialah Ketua Wanita Gagasan Rakyat, Datuk Redonah Bahanda, Pengarah
Eksekutif KTC, Datuk Dexter Lau dan isteri Datin Yee Tsai Siew, Setiausaha Agung Gagasan Rakyat, Datuk Mohamed Razali Mohamed Razi, Ketua Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), Datuk Haji Awang Kadin Tang dan pemimpin serta ahli-ahli Mutiara GRS.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

