Isteri kongsi jalani rawatan IVF, hadiah terindah buat Achey sempena ‘birthday’

Entertainment
17 Aug 2022 • 4:20 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

ISTERI kepada pelawak, Achey berkongsi sedang menjalani rawatan persenyawaan in vitro atau singkatnya IVF.

Walaupun pasangan itu kini memiliki seorang anak angkat bernama Tiara Zinnirah, 4, isteri Achey, Nor Hasanah Yahaya, 32, mendedahkan mereka sedang menjalani rawatan IVF sebagai usaha menimang cahaya mata sendiri.

Lebih manis lagi, Anne menyifatkan rawatan tersebut adalah hadiah terindah sempena ulang tahun kelahiran Achey pada 17 Ogos.

image is not available

“Happy birthday sayang. Tahun ini hadiah terindah saya bagi dekat awak. Semoga Allah permudahkan urusan kita dunia akhirat….

“Semoga awak dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki, dilindungi ALLAH serta sihat tubuh badan. Aminn…

“Terima kasih menjaga saya dari dahulu sehingga sekarang. 11 tahun penantian kita, insya-ALLAH kita usaha, ALLAH yang tentukan. Kami kongsikan Perjalanan kami pertama kali buat IVF, 6 Jun 2022,” kongsi Anne.

 

Menerusi hantarannya di Instagram, kelihatan Anne dan Achey bersama anak angkat mereka dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor bagi bertemu Dr Tokha Muhammad.

image is not available

Warga maya memberikan sokongan buat Anne dan mendoakan agar usaha mereka dipermudahkan.

-“Dr ini sangat famous untuk IVF dan berjaya. Moga ALLAH mempermudahkan buat Anne dan Achey. Selamat hari lahir.”

-“Happy birthday Achey. Semoga ALLAH memudahkan dan menyempurnakan segala hajat.”

-“Semoga ALLAH kurniakan zuriat buat pasangan ini.”

-“Sebak dada, moga usaha kalian dipermudahkan.”

Menurut MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, IVF disyorkan kepada wanita yang sudah berkahwin selama dua tahun dan masih belum dikurniakan zuriat mungkin disebabkan kegagalan tiub fallopian atau ketidaksuburan yang tidak dikenalpasti.

Kejayaan IVF memerlukan ovum sihat dan baik, sperma mampu mensenyawakan ovum dan rahim boleh menampung kandungan. IVF lazimnya dicadangkan selepas teknik bantuan rawatan Inseminasi Intrauterin (IUI) gagal.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan