Isteri maut dilanggar kereta akibat prank suami curang

LocalEntertainment
22 Oct 2024 • 10:08 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Sebuah video yang memaparkan satu keluarga melakukan prank berkaitan isu kecurangan sempena ulang tahun kelahiran si isteri telah menjadi tular semalam, mencetuskan pelbagai reaksi negatif di media sosial.

Video tersebut mendapat kritikan daripada orang ramai yang berpendapat, perkara sensitif seperti kecurangan tidak sepatutnya dijadikan bahan gurauan, terutama sekali dalam konteks keluarga.

https://www.tiktok.com/@omgarage_jb/video/7427843591638191376

Seorang wanita, Siti Zainah Zainal, telah tampil berkongsi pengalaman yang pernah dihadapinya berhubung satu kejadian tragis yang berpunca daripada perbuatan prank, sehingga mengorbankan nyawa.

“Saya pernah handle kes kemalangan maut. Rupa-rupanya si isteri itu dalam perjalanan nak pulang ke rumah dalam keadaan tergesa-gesa selepas dimaklumkan oleh rakan yang suaminya membawa perempuan lain balik ke rumah.

“Si isteri terus bergegas keluar dan mendapatkan motosikalnya. Sebaik keluar dari simpang kilang tempat bekerja, motosikal wanita itu terbabas dan mangsa dilanggar pula oleh kereta yang cuba mengelaknya.

image is not available

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Suaminya pula di rumah, menunggu masa untuk menjayakan prank ulang tahun kelahiran isterinya.

“Majlis sambutan ulang tahun kelahiran bertukar menjadi tragedi berdarah. Sampai sekarang lelaki itu tidak berkahwin lain, duk fokus membesarkan tiga orang anaknya,” katanya.

Kes tersebut wajar menjadi pengajaran besar kepada semua untuk tidak melakukan prank yang melibatkan isu-isu sensitif seperti kecurangan, kerana ia berpotensi menyebabkan perkara yang tidak diingini dan boleh membawa kepada penyesalan sepanjang hayat.