Tular Suami ‘Prank’ Curang, Netizen Kongsi Pernah ‘Handle’ Kes Isteri Maut Kemalangan Akibat ‘Prank’

Entertainment
22 Oct 2024 • 11:33 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial memaparkan sebuah keluarga melakukan prank berkaitan isu curang sempena menyambut hari lahir seorang wanita telah mengundang kecaman orang ramai.

Rata-rata netizen berpendapat prank sebegitu terlalu sensitif dan tidak sepatutnya dilakukan lebih-lebih lagi kepada seorang wanita.

Dari prank bertukar tragedi berdarah

Seorang pengguna media sosial yang melihat video terbabit berkongsi pernah berhadapan satu kejadian menyayat hati yang berpunca daripada perbuatan prank sehingga mengorbankan nyawa.

“Saya pernah handle kes kemalangan maut, rupa-rupanya isteri tu dalam perjalanan nak balik rumah dalam tergesa-gesa sebab kawan beritahu si suami bawa perempuan lain balik rumah.

“Keluar dari simpang kilang, motosikal yang ditunggang isteri terbabas. Namun dilanggar pula oleh kereta yang cuba mengelaknya.

“Isteri meninggal dunia di tempat kejadian. Suami dekat rumah tunggu nak prank hari jadi isteri. Majlis prank bertukar jadi tragedi berdarah” tulisnya.

 

image is not available

Akibat kemalangan itu, si suami menyesal sehingga sekarang tidak berkahwin lain dan hanya fokus untuk membesarkan tiga orang anak mereka.

Justeru, sama-samalah kita mengambil iktibar daripada kes ini dan berpada-padalah melakukan sesuatu prank yang boleh mencetuskan kejadian yang tidak diingini.

Sumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.