Isteri Mawi Dakwa Dicaj RM1,260, Pemilik Kedai Tampil Beri Penjelasan [Video]

5 Oct 2023 • 10:30 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Sebelum ini, tular video memparkan isteri penyanyi dan penyampai radio, Mawi iaitu Ekin Rahmat yang terkejut dicaj dengan harga yang mahal ketika makan makanan laut di sebuah gerai medan selera di Johor Bharu (JB).

Menerusi video tersebut Ekin mendakwa dia telah dikenakan caj sebanyak RM1,260 ketika datang makan bersama keluarganya.

Menurutnya juga, kunjungannya ke gerai tersebut adalah kali pertama dan hanya memesan dua ekor ikan yang bersaiz sederhana serta beberapa menu makanan laut lain di kedai tersebut.

KPDN sedang teliti dakwaan dicaj bayaran makanan mahal

Video itu kemudian telah mendapat perhatian ramai termasuklah pihak Kementerian Perdangangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Johor (KPDN) yang sedang meneliti isu terbabit.

Pengarah KPDN, Lilis Saslinda Pornomo turut menjelaskan pemilik gerai terbabit boleh dikenakan kompaun jika tidak memaparkan tanda harga makanan.

Selain itu, tindakan tersebut juga melanggar peraturan jika harga yang dipaparkan berbeza dengan harga dicaj kepada pelanggan.

Pemilik gerai tampil beri penjelasan harga setiap hidangan

Susulan penularan video itu, pemilik gerai berkenaan telah tampil membuat penjelasan harga makanan yang telah oleh isteri selebriti berkenaan.

Penjelasan itu dilakukan pemilik gerai berkenaan menerusi akaun TikTok milik anaknya, @abangcinta_1.

“Assalamualaikum, makcik pemilik kedai nombor 14 Dol Mat Seafood, tujuan video ini dibuat untuk memberi pencerahan mengenai rakaman yang dimuat naik di media sosial oleh selebriti yang tidak berpuas hati dengan harga makanan yang tidak memuaskan,” ujarnya.

Datang berkunjung ke gerai sekitar 20 orang

Menurut pemilik kedai berkenaan pada 30 September lalu, Ekin telah datang berkunjung ke gerainya bersama dengan 20 ahli keluarga lain termasuk kanak-kanak

Dia kemudian turut menyenaraikan hidangan berserta harga makanan yang telah dipesan:

  • Nasi putih – 4 hidangan x RM10 (5 orang makan) = RM40
  • Baby kailan – 3 hidangan = RM 54
  • Pari bakar ( 3 ekor) = RM162
  • Siakap tiga rasa (2 ekor) = RM96
  • Siakap stim (1 ekor) = RM48
  • Udang butter (3 hidangan) = RM224
  • Sotong tepung (3 hidangan) = RM144
  • Ketam cili (1 hidangan) = RM 135
  • Ketam telur masin (1 hidangan) = RM135
  • Telur dadar (5 hidangan) = RM30
  • Siput gonggong = RM30
  • Minuman dan otak-otak = RM162

image is not available

Wanita itu kemudian menyatakan sekiranya perkara itu masih belum jelas maka isteri selebriti berkenaan boleh datang berjumpa dengannya.

@abangcinta_1

assalamualaikum saya kepada anak owner kedai yang viral tempoh hari..kepada abang mawi dan akak ikin..ini adalah video penerangan dari pihak kami..sekiranya abang dan akak tidak jelas tentang penerangan ini..sila datang berjumpa dengan kami.. @Ekinmawi aenn

♬ original sound – 🅰🅱🅰🅽🅶🅲🅸🅽🆃🅰 – 🅰🅱🅰🅽🅶🅲🅸🅽🆃🅰