Isteri Menangis Sebak, Azizulhasni Titip Ucapan Penghargaan – “Bertahun-Tahun Dia Berkorban”

28 Apr 2026 • 11:45 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang menitipkan ucapan penuh penghargaan buat isteri tercinta, Athiah Ilyana atas segala pengorbanan yang dilakukan sepanjang perkahwinan mereka.

Menerusi satu hantaran video di Instagram Hot FM, atlet berusia 38 tahun itu meluahkan rasa syukur serta berterima kasih atas kesetiaan isterinya yang sentiasa berada di sisi dalam apa jua keadaan.

Advertisement
View this post on Instagram

“Terima kasih kerana banyak berkorban. Dia merupakan graduan dalam bidang seni bina di Melbourne, tetapi sanggup tidak meneruskan kerjaya sebagai arkitek demi menyokong kerjaya saya serta menjaga anak-anak kami.”

“Bertahun-tahun dia berkorban untuk saya, sejak kami belum mempunyai anak sehinggalah dikurniakan zuriat pertama, hinggalah anak keempat.”

Ucapan tersebut nyata menyentuh hati Athiah apabila dia dilihat tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata ketika mendengar kata-kata suaminya itu.

View this post on Instagram

Dalam masa sama, atlet yang terkenal dengan gelaran ‘The Pocket Rocketman’ itu turut mengakui bahawa sokongan isterinya menjadi kekuatan utama ketika berdepan detik sukar dalam kariernya.

“Yang paling saya hargai adalah susah senang yang kami lalui bersama, yang mungkin orang lain tidak nampak. Ada ketika saya kalah dalam kejohanan, ada yang mengecam dan mengkritik, tetapi isteri sentiasa ada untuk saya.”

“Terima kasih sayang. Semoga Allah merahmati hidup awak dan mengurniakan syurga buat awak, insya-Allah.”

Terdahulu, Azizulhasni sekali lagi mengharumkan nama negara apabila berjaya meraih pingat emas dalam acara Keirin di UCI Track Cycling World Cup yang berlangsung di Velodrom Nasional Nilai, baru-baru ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Isteri Menangis Sebak, Azizulhasni Titip Ucapan Penghargaan – “Bertahun-Tahun Dia Berkorban”2026-04-27 12:10:07

"Dia Ni Tak 'Kosong', Memang Ada Pemakai" - Adik Ipar Rosmaini Bersuara Susulan Penahanan Kes Puk*l Isteri

The post Isteri Menangis Sebak, Azizulhasni Titip Ucapan Penghargaan – “Bertahun-Tahun Dia Berkorban” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

View Original Article