Isteri Pelawak Buat ‘U-Turn’, Dakwa Suami Tak Tunai Nafkah Zahir Dan Batin Punca Cerai

16 Mar 2023 • 11:55 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
daus mini

Perkahwinan kali ketiga pelawak terkenal Indonesia, Daus Mini gagal selepas dia didakwa berlaku curang. Isterinya, Shelvie Hana Wijaya tampil membuat permohonan cerai di mahkamah kerana sudah tak tahan dengan sikap suaminya.

Memetik laporan mStar, Shelvie Hana bagaimanapun buat ‘u-turn’ apabila tak bangkitkan isu curang ketika prosiding cerai berlangsung.

Dakwa Daus Mini tak beri nafkah punca cerai

image is not available

Kata Shelvie, dia meminta cerai kerana pelawak itu gagal menunaikan nafkah dengan baik secara zahir dan batin sejak beberapa tahun ini.

Kami anggap Daus tak boleh menjalankan kewajipan sebagai suami.

Disebabkan itu, Shelvie meminta pemberian nafkah secara bulanan dan akan membuat laporan polis jika Daus gagal.

Isteri pelawak tak ada bukti kukuh pasal curang

image is not available
Foto: mStar

Peguam mewakili Daus Mini pula berkata, pihaknya melihat Shelvie sebenarnya tak ada bukti kukuh untuk menyokong pertuduhan suaminya curang seperti mana yang didakwanya sebelum ini.

Terdahulu isteri berkata Daus Mini seorang yang sombong dan ego. Suaminya itu juga tak menghormati ibu bapanya selama empat tahun mereka berkahwin.

Kredit: mStar | Tribun News

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.