
Baru-baru ini, video yang memaparkan anak pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania raih perhatian di platform TikTok.
Jadi model jenama fesyen tempatan
Dapat dilihat dalam video yang dimuat naik, Marissa menjadi model buat jenama fesyen tempatan bagi keluaran koleksi raya pada tahun ini.
Marissa kelihatan sangat yakin dan cantik apabila ‘catwalk’ di hadapan orang ramai sambil peragakan baju raya berwarna kelabu koleksi jenama fesyen itu.
Cantik macam ibunya
Meninjau di ruangan komen, rata-rata meninggalkan pelbagai reaksi kerana terpesona dengan kecantikan anak selebriti itu.
Rata-rata memuji Marissa kelihatan iras seperti Abby Abadi sewaktu zaman muda, di mana dia merupakan salah seorang selebriti yang cukup cantik ketika itu.


Bagaimanapun, tidak kurang juga ada netizen yang imbas kembali kisah ‘panas’ melibatkan Marissa yang didakwa bercinta dengan suami orang.
"Papa Doa Supaya Allah Tutup Pintu Hati Ke Atas Mana-Mana Lelaki" - Video Ucapan Norman Buat Marissa Tular Kembali
The post (VIDEO) “Manis Je Bila Senyum..” – Marissa Dania ‘Catwalk’ Raih Perhatian, Netizen Puji Iras Abby Abadi Masa Muda first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


