
Bila hujung bulan pasti ramai yang berpusu ke supermarket u untuk membeli barangan keperluan di rumah.
Setiap kali pulang pasti akan merungut barang banyak nak kena bawa masuk rumah sampai tak menang tangan nak kena angkat.
Siapa yang pernah mengalami kejadian seperti ini? Pernah anda terfikir untuk membeli troli di supermarket?
Seorang wanita bertindak membeli troli supermarket kerana tidak mahu lagi mengangkat barang masuk ke rumah.
Video wanita itu menjadi tular apabila suami wanita itu terkejut dengan melihat troli besar itu di dalam keretanya.
Artikel berkaitan:Gara-gara Bapa Gila Main Game di Rumah, Ibu Terpaksa Letak Anak Dalam Sangkar Troli
Tindakannya itu membuatkan suaminya tercengang dan terkedu seketika kerana terkejut.
Wanita itu mendakwa dia bukan mencuri troli itu, dia membeli untuk menyenangkan dirinya selepas ini.
Lain macam betul akak ni beli terus troli letak kat rumah.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.



