Isteri Selamat Bersalin, Suami Balas Jasa Beri Loket Emas Buat Kakitangan Hospital

LocalLifestyle
5 Jun 2025 • 11:59 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pempengaruh, Shaniena Natasya menjadi perhatian warganet setelah suaminya, Choudhry Wasim menghadiahkan seutas loket emas buat beberapa kakitangan di sebuah hospital swasta, baru-baru ini.

Suami beri loket emas

Menerusi hantaran di TikTok, Shaniena memaklumkan hadiah tersebut diberikan sebagai tanda penghargaan setelah menjaganya sepanjang menerima rawatan sehingga selamat melahirkan.

image is not available

“Isteri yang beranak tetapi jururawat yang dapat emas. Awak dah macam buka kedai emas di dalam hospital, semua orang awak bagi.

“Jururawat jangan lupa puji suami saya, sebab dia ada banyak manis-manis nak bagi,” kata Shaniena pada Rabu

Dalam pada itu, Shaniena sempat menunjukkan beberapa jenis loket emas yang dibeli oleh suaminya dan sempat berseloroh menyatakan lebih baik sekiranya hadiah itu diberikan kepadanya setelah tertarik dengan salah satu daripada corak barangan kemas terbabit.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, warganet memuji sifat pemurah Choudry dan mendoakan agar suami pempengaruh itu sentiasa dimurahkan rezeki kerana tidak berkira untuk berkongsi rezeki bersama orang lain.

Malah ada juga wargamaya yang tampil mengaku menjadi salah seorang jururawat yang menjaga Shaniena demi menebus barangan mewah itu.

Akhlak yang bagus

image is not available

Ada kerja kosong tak

image is not available

Saya salah seorang jururawat

image is not available

Terdahulu, Shaniena yang juga usahawan memaklumkan bakal menimang cahaya mata pertama selepas mendirikan rumah tangga bersama suaminya pada Mei 2023.

Sumber: TikTok Shaniena Natasya

View Original Article