Isteri tidak lagi berhijab, Raf Yaakob enggan panjangkan isu

12 Oct 2023 • 10:59 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Suami kepada pelakon dan usahawan, Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob enggan panjangkan isu berhubung penampilan isterinya yang tidak lagi berhijab.

Melalui satu perkongsian di laman Instagram, dia meminta maaf kepada pihak media yang menghubunginya melalui mesej langsung di Instagram, WhatsApp ataupun panggilan telefon.

Raf Yaakob enggan panjangkan isu!

“Saya memohon maaf kepada rakan-rakan media yang menghubungi saya melalui DM, WhatsApp dan panggilan telefon.
“Mawar sudah memberikan kenyataannya dan saya tidak mahu keluarkan apa-apa kenyataan untuk memanjangkan isu ini,” kata Raf semalam.

Raf yang juga adik kepada cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berkata, isu tersebut terlalu peribadi dan dia tidak mahu memanjangkan hal tersebut sebaliknya ingin menyelesaikan secara peribadi bersama isterinya dan Allah SWT.

image is not available

“Sebagai suami, Mawar tahu apa yang saya mahukan dalam perkahwinan dan kami akan selesaikan isu ini secara peribadi. Doakan yang baik-baik saja buat Mawar,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet yang memberikan kata-kata semangat dan sokongan kepada Raf selain tidak kurang juga mendoakan yang baik-baik buat pasangan tersebut.

Semoga dipermudahkan untuk Raf & Mawar

image is not available

Kami yakin dan percaya dengan Raf

image is not available

Allah sedang menguji…

image is not available

Namun begitu, terdapat juga beberapa komen yang ditinggalkan oleh netizen yang memberikan kecaman kepada Raf dan isterinya.

Takkan jadi isu kalau tak post

image is not available

Pakai tudung perlu dipaksa, sama macam solat…

image is not available

Kau fikir pakai tudung saja-saja ke?

image is not available

Terdahulu, Mawar atau atau nama penuhnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid mengumumkan dirinya tidak lagi mengenakan hijab melalui sebuah hantaran di Instagram.

Menerusi muat naik tersebut, pelakon berusia 28 tahun itu memohon maaf dan mengaku dirinya tidak mampu untuk beristiqamah dalam memakai hijab.

Sumber: Instagram @rafyaakob