“Saya Lebih Tahu, Tak Apa, Settle Sendiri” – Adik Lelaki Shila Amzah Enggan Jawab Dakwaan Culas Bayar Nafkah Anak

Entertainment
12 Oct 2023 • 9:52 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Adik lelaki kepada penyanyi tersohor Shila Amzah, Amir Syafiq semalam ada membuat live TikTok dan diasak dengan soalan bertubi-tubi oleh netizen mengenai dakwaan bekas isterinya tentang isu culas membayar nafkah anak.

Syafiq walau bagaimanapun dilihat enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut sebaliknya meminta netizen untuk fokus mengenai kemelutnya bersama kakak, Shila Amzah.

Tentang hal peribadi saya itu, saya lebih tahu kot. Tak mengapa, settle sendiri sahaja. Tanya fasal Shila saja.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai komen yang ditinggalkan bekas isteri Syafiq di mana dia mendakwa bekas suaminya itu gagal membayar nafkah anak selama tujuh tahun berpisah.

image is not available

Sumber : Instagram  

Tulisnya lagi, Syafiq juga pernah mengangkat tangan dan memukul ahli keluarganya sendiri serta gemar menjual barang rumah dan berhutang bagi mendapatkan wang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 16 hours ago

"Saya Dah Sampai Limit.." - Shila Amzah Dah Tak Tahan, Dakwa Dia Pernah Dilempang Adik, 'Sponsor' Majlis Kahwin