Isteri Tikam Mata Suami, Tak Bagi Pinjam Telefon Bimbit Dengar Lagu

Entertainment
29 Dec 2023 • 8:18 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang isteri bertindak tikam mata suaminya dengan menggunakan gunting selepas mangsa meminta telefon bimbit untuk mendengar lagu.

Memetik laporan NDTV, lelaki dikenali Ankit membuat laporan terhadap isterinya, Priyanka berhubung insiden di negeri Uttar Pradesh, baru-baru ini

Menurut pegawai polis, Ankit pada awalnya meminta telefon bimbit isterinya untuk mendengar lagu dalam aplikasi YouTube.

Bagaimanapun, Priyanka enggan menyerahkan telefon bimbit kepada suaminya, sebaliknya menyuruh Ankit menggunakan telefon bimbit sendiri.

Mereke kemudiannya dilaporkan bertengkar sebelum Priyanka bertindak menikam mata suaminya dengan gunting.

Keluarga Ankit kemudian menghantarnya ke sebuah pusat kesihatan komuniti berdekatan. Polis memaklumkan bahawa pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut.

Sumber: NDTV

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved