Isteri Zahir Ucapan Istimewa Sempena ‘Anniversary’, Bangga Dikurniakan Suami Seperti Fizo Omar - “Semoga Perkahwinan Kita…”

26 Oct 2026 • 5:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Isteri Zahir Ucapan Istimewa Sempena ‘Anniversary’, Bangga Dikurniakan Suami Seperti Fizo Omar - “Semoga Perkahwinan Kita…”

Isteri kepada pelakon, Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri Azrai menyorot berkongsi ucapan istimewa buat suaminya itu bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima.Menerusi satu perkongsian di Threads, Fazeera yang mengakui terlewat menzahirkan ucapan itu meluahkan kata penghargaan buat Fizo.Fazeera turut menitipkan doa agar rumah tangga yang dibina bersama Fizi sentiasa dilimpahi kebahagiaan.“Ulang tahun perkahwinan kami pada 21 Oktober lalu, tapi baru sekarang nak ucapkan.“Terima kasih, sayang, untuk lima tahun yang indah bersama. Semoga Allah memberkati perkahwinan kita dengan limpahan kebahagiaan, kesihatan, kekayaan dan rasa syukur,” tulisnya.Di akhit perkongsian, Fazeera turut meluahkan rasa bangga dengan Fizo serta mendoakan agar rumah tangga mereka berkekalan hingga ke syurga.“Saya sangat bangga kerana memiliki awak dalam hidup saya. Awak bukan sahaja seorang suami yang hebat, malah juga seorang bapa yang baik buat anak-anak kita. Semoga perkahwinan kita kekal hingga ke syurga,” tambahnya.Untuk rekod, Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.Sumber: Threads

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved