Istiadat angkat sumpah Exco Johor tangguh esok

LocalPolitics
17 Jul 2026 • 9:27 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Istiadat angkat sumpah Exco Johor tangguh esok
Istiadat mengangkat sumpah jawatan EXCO Johor yang dijadualkan berlangsung di Istana Bukit Serene ditangguhkan ke Sabtu.

JOHOR BAHRU - Majlis istiadat mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Johor yang dijadual berlangsung di Istana Bukit Serene di sini pada Jumaat ditangguhkan ke Sabtu.

Perkara itu dimaklumkan kepada petugas media pada pagi Jumaat yang memaklumkan majlis berkenaan akan diadakan esok, pada waktu yang sama.

Bagaimanapun, tiada alasan diberikan berhubung penangguhan istiadat berkenaan setakat ini.

Sebelum ini, majlis penuh istiadat tersebut dijadual berlangsung di Istana Bukit Serene di hadapan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail pada pagi Jumaat.

Istiadat itu dijangka menyaksikan barisan kepimpinan baharu pentadbiran negeri melafazkan sumpah simpan rahsia sebelum menerima watikah pelantikan masing-masing.

Pengamal media turut dijemput membuat liputan di dua pintu masuk istana iaitu di Pintu Mahkota dan Pintu Kolam Air, seawal jam 9.30 pagi.

Ahad lalu, Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor bagi penggal kedua berturut-turut.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 yang lalu, Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar selepas memperoleh 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved