Istiadat Angkat Sumpah EXCO Johor Ditangguh Ke Esok

LocalPolitics
17 Jul 2026 • 9:30 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Istiadat Angkat Sumpah EXCO Johor Ditangguh Ke Esok

Istiadat Angkat Sumpah EXCO Johor Ditangguh Ke Esok

JOHOR BAHRU, 17 Julai (Bernama) -- Istiadat mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Johor yang dijadual berlangsung di Istana Bukit Serene di sini hari ini ditangguhkan ke esok.

Perkara itu dimaklumkan kepada petugas media pagi ini yang memaklumkan majlis berkenaan akan diadakan pada Sabtu (18 Julai), waktu yang sama.

Bagaimanapun, tiada alasan penangguhan majlis berkenaan dinyatakan dalam notis itu.

Majlis Istiadat Mengangkat Sumpah jawatan berkenaan dijadualkan berlangsung di hadapan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail hari ini.

Baca juga:

Majlis istiadat itu dijadualkan turut dihadiri Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Dr Rahim Ramli dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir.

Ahad lepas, Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Machap mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor bagi penggal kedua berturut-turut, selepas Barisan Nasional (BN) melakar kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.

PRN Johor yang berlangsung Sabtu lepas, menyaksikan BN memenangi 48 daripada 56 kerusi DUN, sekali gus diberi mandat membentuk kerajaan negeri bagi penggal baharu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved