Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

LocalPolitics
9 Jun 2026 • 8:41 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

SEREMBAN - Istiadat pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 yang berlangsung di sebuah hotel di Alor Gajah, Melaka pada 5 Jun lepas adalah tidak sah serta tidak diiktiraf dari sudut perlembagaan, undang-undang dan adat istiadat Negeri Sembilan.

Justeru, Pengelola Bijaya Diraja Datuk Azizi Mohamad Ali berkata gelaran Yang Dipertuan Besar, yang cuba diambil oleh Tunku Datuk Seri Nadzaruddin Tuanku Ja'afar, adalah tidak berkuat kuasa.

"Bagaimanapun, dengan cuba menerima gelaran yang tidak sah itu, Tunku Datuk Seri Nadzaruddin ibni Almarhum Tuanku Ja'afar dengan sendirinya telah melepaskan Gelaran Pusaka Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan yang sebelum ini disandangnya," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata susulan itu, tiada lagi penyandang bagi Gelaran Pusaka Tunku Panglima Besar. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved