Istilah Momogun: 75 persatuan etnik kata ‘ya’

3 Aug 2024 • 1:09 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

PENAMPANG: 75 persatuan etnik menandatangani deklarasi supaya istilah “Momogun” digunakan sebagai nama rumpun masyarakat Orang Asal / Anak Negeri Sabah daripada komuniti penutur Dusunic, Murutic dan Paitanic.

Mereka adalah antara 84 persatuan etnik yang menghadiri Konvensyen Perdana Momogun yang dianjurkan oleh Kongres Nasional Momogun (MNC) di Pusat Kebudayaan Sabah, di sini, Khamis.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, deklarasi itu merupakan satu keputusan dasar yang sangat besar selepas konvensyen pertama pada awal 1960an, bagi memilih nama bangsa Kadazan, Dusun atau Momogun pada ketika itu.

Ewon berkata, konvensyen ini bukan untuk mencipta satu nama bangsa yang baharu, tetapi satu nama rumpun atau istilah generik bagi menggantikan istilah “Lain-Lain” yang digunakan dalam borang kerajaan selama ini.

SPONSORED CONTENT 800 expected at Sabah CEO Master Class 2024 on August 8 Kota Kinabalu: Wish to know and learn meaningful lessons and entrepreneurial journeys from giant business owners who also faced various hard challenges and succeeded in overcoming them? . Read more “Bukan hanya nama rumpun kita sahaja yang penting, tetapi juga inti sikap, pemikiran, disiplin dan integriti masyarakat Momogun, antaranya progresif, inovatif, rajin, bekerja keras, berkepimpinan, bertadbir urus dan boleh meraih perbezaan.

“Di samping itu, Momogun juga harus memperkasa persamaan dan mencetuskan kisah kejayaan atau pencapaian dan kejayaan yang boleh menjadi inspirasi atau motivasi, terutama kepada generasi akan datang,” kata Ahli Parlimen Penampang itu, apabila menutup acara tersebut.

Beliau berkata pembudayaan nama rumpun Momogun harus bermula daripada pertubuhan-pertubuhan yang mendukung dan menandatangani deklarasi tersebut melalui penulisan, pengucapan dan pengisian program.

Ewon yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) berkata, beliau tetap seorang Kadazan dan berbangga dengan bahasa Kadazandusun, walaupun menyokong nama rumpun Momogun.

“Dalam penyediaan dasar-dasar ekonomi Kerajaan, data dan statistik rakyat menjadi asas pembuatan dasar.

“Justeru, deklarasi hari ini dan keputusan dasar oleh himpunan pertubuhan ini dapat membuka ruang kepada banyak perkara positif mengenai masyarakat ini dan peranan serta sumbangan mereka terhadap negara.

“Saya katakan sebagai masyarakat majoriti di Sabah, tidak wajar masyarakat itu diletakkan dalam istilah ‘Lain-Lain’ dalam borang rasmi kerajaan,” katanya.

Beliau berkata deklarasi yang ditandatangani untuk merumpunkan suku-suku kaum orang asal dan anak negeri Sabah sebagai rumpun “Momogun” amat positif.

“Saya menyokong deklarasi itu dan mempunyai tanggungjawab untuk membawa perkara ini kepada kerajaan persekutuan,” katanya.

Beliau turut berkongsi laporan prestasi gerakan koperasi dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) negara pada 2023, yang jauh lebih baik berbanding prestasi 2022.

“Masyarakat Momogun juga boleh menjadi sebahagian daripada prestasi ini. Apabila masyarakat Momogun mempunyai kekuatan ekonomi dan mempunyai penyertaan besar dalam gerakan koperasi dan PMKS, masyarakat ini boleh memainkan peranan signifikan dalam tadbir urus negara,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.