Demi menghargai isteri tercinta, seorang suami sanggup jahit telekung bertatahkan 5,000 batu kristal Swarovski dengan hasil perbelanjaan sebanyak RM12,000.
Suami buat kejutan, jahit sendiri telekung
Dia yang dikenali Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, 32, berkata dia jahit sendiri telekung berkenaan daripada awal hingga akhir.
Menurutnya, pemberian pada kali ini sedikit berbeza berbanding sebelum ini kerana mahu menghadiahkan sesuatu yang memberikan manfaat untuk jangka masa panjang.
Kongsinya, dia mengambil masa seminggu untuk menyiapkan telekung tersebut.

Menerusi video tular dimuat naik di platform TikTok, jelas kelihatan dia sedang menjahit telekung berkenaan bagi memberi kejutan buat isteri, Fatin Syazwani Ishak, 26.
“Kali ni abang jahit telekung Swarovski istimewa untuk isteri abang yang tersayang. Modal bernilai RM12,000 bertahtahkan batu kristal Swarovski asli
“Ikutkan sudah ratusan pakaian dijahit untuk isteri, bukan hanya untuk raya malah banyak juga dihasilkan sempena kenduri kahwin atau acara keramaian.
“Sebahagiannya pun sudah dijual dan kali ini, saya terdetik untuk buat kelainan dengan beri hadiah istimewa kepada isteri iaitu telekung,”katanya.

Isteri teringin nak pakai tapi tak meminta
Kongsi Syed Muhammad Hasif, sebelum ini isterinya ada menyatakan keinginan untuk memiliki telekung seperti seorang pengasas, namun tidak bersungguh meminta.
“Dia kata, kalau suatu hari nanti ada rezeki teringin nak merasa pakai telekung macam tu. Tapi isteri saya tak meminta pun.
“Masing-masing (pengikut) yang mengikuti kami pun sedia maklum, isteri saya bukan sejenis meminta dan jenis mengikut suami sahaja.
“Daripada situ, saya terfikir mengapa tidak beri hadiah telekung Swarovski buat isteri kerana sebelum ini selalu jahitkan bajunya ke majlis besar jadi apa salahnya melabur pula untuk pakaian ibadah,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Bapa dua anak itu berkata, isterinya langsung tidak tahu menahu mengenai hadiah akan diterima kerana mahu ia dijadikan sebagai kejutan.
Maklumnya, dia bersepakat dengan pembantu peribadi untuk merahsiakan kejutan tersebut daripada pengetahuan isteri.
“Saya berpakat dengannya untuk rahsiakan daripada pengetahuan isteri dan berniat beri hari ini sebelum kami ke masjid untuk menunaikan solat Tarawih.
“Tak dinafikan, kosnya memang tinggi tapi saya tak nampak ia satu pembaziran walaupun pasti ada segelintir orang kata begitu kerana telekung itu pun nak guna untuk menghadap Tuhan.
“Bukan sekali pakai atau waktu pergi Tarawih saja malah nak solat di rumah atau umrah pun boleh sarung telekung itu,” katany lagi.

Tanda kasih sayang dan hargai pengorbanan isteri
Dia berkata, pemberian tersebut juga sebagai tanda kasih sayangnya terhadap isteri tercinta yang selama ini berhempas pulas memasak dan membantu perniagaan laksa diusahakan mereka bersama.
Dia juga berharap agar isterinya suka dan akan ingat pemberian hadiah tersebut sebagai kenangan dan serta hasil kerja tangan ekslusif untuknya.
“Alhamdulillah, Allah beri rezeki lebih kepada kami suami isteri sebab kami sama-sama uruskan perniagaan laksa dan macam-macam sepanjang kami bersama.
“Jadi, harta yang ada ini, ada hak untuk isteri saya merasa. Jadinya, saya kenalah bekerja lebih kuat dan berusaha untuk bagi isteri dan anak-anak bahagia,”ujarnya.
@syed.fatin.jaeden.haifa Kalini abam jahit telekung Swarovski istimewa untuk isteri abam yg tersayang , modal bernilai rm 12k bertakhtakan batu kristal Swarovski asli , actually sebenarnya haritu isteri sy ada nmpk sorang founder ni memiliki telekung yang indah2 dan cantik dengan taburan swarovski , dia kata kalo satu hari nanti ada rezeki teringin nk merasa pakai telekung macam tu … tapi isteri sy tak meminta minta pon , masing2 yg follow kami pon sedia maklum kan , yang isteri sy ni bukan jenis suka minta macam2 dan jenis ikut jer cakap suaminya ni … alhamdulillah sy memiliki isteri yang baik macam ni … jadi sy pakat dengan P.A sy untuk plan surprise utk nk bg hadiah telekung Swarovski yang sy jahit sendiri dan hadiahkan pada isteri sy untuk pergi Terawih kat masjid dan alhamdulillah tercapai jugak dan berjaya jugak siap telekung ni , lg pon sy rasa tak membazir sebab kita nak menghadap Allah , dan alhamdulillah Allah beri rezeki lebih pada kami suami isteri sebab kami sama2 urus perniagaan Laksa dan macam2 sepanjang kami bersama , jadi harta yang ada ni , ada hak untuk isteri sy merasa , jadinya sy kene lebih kuat dan rajin lg usaha untuk bagi isteri dan anak2 kami bahagia in sha Allah …. Terima kasih semua yang support kami selama ni sehingga kami dikenali dan disayangi oleh semua , kami syg semua followers kami , salam Ramadhan semua , esok kita Puasa Temui kami disemua BAZAAR RAMADHAN & RAYA BERIKUT SENARAI : 1. Bazaar Ramadhan PKNS SHAH ALAM 2. Bazaar Ramadhan GM KLANG 3. Bazaar Raya Jalan TAR di Pertama Kompleks 4. Ekspo Mega Raya Lotus Semenyih 6. grand Bazaar Mega Raya D’MK Medan Selera , Manjung Musang King , Manjung Perak 7. Gema Raya Aidilfitri PWTC 8. Bazar ramadan Econsave lukut port dickson 9. Food Festival MUBARAQ RAYA JAKEL MALL KUALA LUMPUR 10. Dan banyak lagi yang akan kami war2kan dan publish
♬ original sound – Prince Syed Fatin Jaeden Haifa – Prince Syed Fatin Jaeden Haifa
Dalam pada itu, Syed Muhammad Hasif berkata, dia langsung tidak terdetik untuk menunjukkan riak dan segalanya terpulang kepada penilaian warganet.
Sumber: TikTok @syed.fatin.jaeden.haifa

![Modal RM12,000, Suami Jahit Telekung Bertatah Swarovski Buat Isteri Sempena Sambut Ramadan [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/women-fashion.jpeg)

