Shuk Sahar sudah nikahi Fara Salleh kira-kira 4 bulan lalu

9 Mar 2024 • 7:33 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Shuk Sahar sudah nikahi Fara Salleh

Pelawak kontroversi, Shuk Sahar sudah nikahi Fara Salleh sekitar empat bulan lalu apabila perkara tersebut didedahkan sendiri wanita berkenaan.

Sah sebagai suami isteri dengan sekali lafaz

Memetik laporan dari Mstar, Fara dan Shuk telah disatukan sebagai pasangan suami isteri pada November lalu dengan sekali lafaz.

image is not available

Kredit foto: Mstar

Shuk Sahar sudah nikahi Fara Salleh, tapi enggan perincikan tentang pernikahan

Walau bagaimanapun, Fara ketika dihubungi sumber enggan mendedahkan secara terperinci berkenaan pernikahannya dengan pelawak terbabit.

Shuk yang dihubungi juga enggan menjawab hal tersebut dan meminta agar isu berkenaan ditanyakan kepada Fara Salleh sendiri.

image is not available

Kredit foto: Mstar

Untuk rekod, Shuk atau nama sebenarnya, Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 37 pernah mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshafera pada tahun 2015 namun berpisah pada 22 Mac 2023.

Hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu, u Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assyifatu Aimi, 5 tahun.

Fara Salleh pula merupakan wanita yang heboh dikatakan netizen apabila menjadi punca retaknya rumah tangga pelawak terbabit dengan bekas isteri.

Walau bagaimanapun, kisah mereka seakan senyap dari pemberitaan media selepas Shuk dan Rosa Sera berpisah.

Sumber: Mstar (Amin Hazlan)