Isu Aaron Aziz Digugurkan Daripada Filem, Soffi Jikan Bersuara – “Memang Ada Isu Antara Mereka, Benda Ni Masih Terpendam”

15 Mar 2023 • 4:28 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Rakan selebriti, Soffi Jikan mendedahkan sebenarnya ada kemelut di antara Datuk Aaron Aziz dan Syamsul Yusof sehingga aktor itu digugurkan baripada barisan pelakon filem The Original Gangster.

Menurutnya, isu tersebut masih lagi berlarutan tetapi dia enggan masuk campur namun mendoakan agar masalah di antara mereka berdua diselesaikan dengan baik.

Apa saya boleh kata memang ada isu kedua-dua belah pihak cuma ralatnya mereka tidak bersemuka untuk menyelesaikan masalah….

….Benda ini masih terpendam tapi kita harap semuanya berakhir dengan baik. Saya tak boleh komen lebih kerana tidak mahu masuk campur.”

image is not available

Terdahulu, Aaron membuka mulut menceritakan bahawa namanya digugurkan daripada menjadi barisan pelakon filem tersebut.

Bagaimanapun, dia enggan mendedahkan punca perkara itu berlaku kerana menghormati bapa pengarah terbabit iaitu Datuk Yusof Haslam.

image is not available 2 hari lalu

"Saya Bagi Muka Pada Datuk Yusof Haslam, Siapa Tahu, Tahulah" - Aaron Aziz Akui 'Dibuang' Dari Filem Syamsul Yusof