Soffi Jikan Dedah Ada Kemelut Aaron & Syamsul, Harap Dapat Berbaik Semula

Entertainment
15 Mar 2023 • 12:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Beberapa hari lepas, warganet dikhabarkan dengan berita mengenai pelakon, Aaron Aziz yang mengumumkan dirinya tidak lagi akan terlibat dengan pembikinan filem The Orginal Gangster yang diarah oleh Syamsul Yusof.

Difahamkan pelakon kelahiran Singapura itu bukannya menarik diri dari produksi tersebut sebaliknya telah dibuang.

Baru-baru ini, rakan artis Soffi Jikan telah mendedahkan wujud kemelut antara Aaron dan Syamsul yang menyebabkan Aaron digugurkan dari barisan pelakon filem aksi tersebut.

image is not available

Menurut Soffi yang juga merupakan salah seorang pelakon filem The Original Gangster, isu tersebut masih berlarutan sehingga ke hari ini namun, dia tidak mahu masuk campur dan berharap agar masalah berkenaan dapat diselesaikan dengan baik.

“Apa saya boleh kata memang ada isu kedua-dua belah pihak cuma ralatnya mereka tidak bersemuka untuk menyelesaikan masalah.”

“Benda ini masih terpendam tapi kita harap semuanya berakhir dengan baik. Saya harapkan Aaron dan Syamsul selesaikan isu yang timbul dengan berhemah,” kata Soffi.

Dalam pada itu, Soffi akui dia terkejut dengan pengguguran nama rakan artis, Aaron Aziz dari barisan pelakon namun, dia percaya ada sebab tersendiri keputusan itu dibuat oleh pihak produksi.

image is not available

Walaubagaimanapun, Soffi harap filem tersebut akan mendapat sambutan ramai meskipun, tidak memaparkan beberapa wajah yang sering dikaitkan dengan watak gangster.

“Kami yang berada di set penggambaran lagi terkejut sebab ia berlaku secara tiba-tiba tapi kami semua profesional dan mesti ada sebab kukuh tentang keputusan yang dibuat Syamsul dan penerbit,” jelasnya.

Tambah Soffi, sebagai barisan pelakon filem itu, mereka tidak mempunyai hak secara individu untuk berburuk sangka dan harus kekal profesional semasa bekerja.

Sumber : mStar

Hmmm harap pihak yang terlibat dapat berbaik la…

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.