
Kota Kinabalu: Ahli Lembaga Penasihat Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Datuk Chew Kok Woh JP, yang mengikuti perkembangan kes amalan rasuah melibatkan kakitangan Imigresen yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sepertimana yang didedahkan oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Tiong King Sing pada Jumaat lalu, berharap semua pihak melihat isu ini dengan wajar.
Beliau berkata, apabila kes ini diberi perhatian dalam semua media, liputannya membawa kesan negatif kalangan orang ramai dan kepada bakal pelancong ke negara kita.
“Saya merayu kepada semua untuk bersabar dan menunggu siasatan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan laporan daripada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya pada Rabu ini kepada Mesyuarat Jemaah Menteri-Menteri yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri,” jelasnya.
Chew yang juga Pemimpin Pembangunan Masyarakat Karamunting berkata demikian dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.
SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Beliau memuji Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, yang begitu sibuk dengan jadual kerja tetapi masih sempat turun padang seawal jam 3 pagi apabila menerima aduan tersebut dan sendiri menyiasatnya.
Chew berharap Timbalan Menterinya merangkap Ahli Parlimen Batu Sapi, Khairul Firdaus Akbar Khan juga dapat mengikuti jejak menterinya yang prihatin kepada kesejahteraan rakyat dan sanggup meluangkan masa serta turun padang melihat sendiri keadaan di Sabah.
“Ini khasnya di pintu masuk utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Lakukan secara mengejut tanpa pemberitahuan dan iringan,” katanya.
Jelasnya, cara sedemikian bukan menunjukkan kerajaan tidak percaya kepada kakitangan Imigresen, Kastam dan anggota keselamatan lain di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, tetapi ia boleh diambil sebagai satu langkah waspada kerana rasuah ada di mana-mana sahaja.
Chew menambah, perkara sedemikian belum lagi berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu buat masa ini.
“Jika perkara ini berlaku di sini, saya risau akan impaknya kepada keadaan ekonomi yang tidak menentu selepas pandemik Covid-19.
“Setiap perniagaan terutamanya dalam industri pelancongan, industri makanan dan industri penginapan di Sabah bergantung kepada kemasukan pelancong dari luar negara termasuk China, Taiwan, Korea, dan Jepun.
“Jika ada penurunan pelancong luar negara, ini akan menjejaskan ekonomi Sabah,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


