
Kota Kinabalu: Semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) harus dihormati sepenuhnya dalam isu Ambalat kata Presiden Parti Impian Sabah (Pis) Michel Alok.
Beliau berkata sebarang pencabulan hak Sabah dalam konteks isu Ambalat disifatkan sebagai satu pengkhianatan terhadap semangat pembentukan Malaysia itu sendiri.
"Sabah bukan pelengkap angka semata-mata tetapi rakan kongsi yang sah dan setaraf dalam Persekutuan Malaysia.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Jadi Pis ingin menyatakan pendirian tegas dan tidak berbelah bahagi berkaitan kawasan Ambalat yang berada dalam lingkungan perairan Sabah.
Kami menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk keputusan, rundingan, penerokaan atau pembangunan yang dibuat oleh mana-mana pihak termasuk Kerajaan Persekutuan tanpa penglibatan, persetujuan dan pengetahuan rasmi Kerajaan Sabah," katanya.
Tegas beliau sebarang kerjasama dua hala, perjanjian pembangunan, pelaburan sumber asli atau melibatkan kawasan Ambalat wajib terlebih dahulu dirundingkan secara rasmi dengan Kerajaan Sabah.
"Kami bukan menolak pembangunan atau kerjasama. Sebaliknya kami menyambut baik sebarang rancangan yang membawa manfaat kepada rakyat Sabah.
"Tetapi tiada pihak berhak bertindak sewenang-wenangnya atau mengambil keputusan secara unilateral terhadap tanah air dan perairan milik rakyat Sabah. Pis sendiri akan berdiri teguh mempertahankan hak Sabah kerana Ambalat adalah amanah rakyat di negeri ini," katanya.
