Isu baja Kedah: Mat Sabu beri keterangan SPRM 30 minit

LocalPolitics
19 Sep 2026 • 12:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Isu baja Kedah: Mat Sabu beri keterangan SPRM 30 minit
Mohamad Sabu. Foto Bernama

MELAKA - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu mengambil masa kira-kira 30 minit untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu kelewatan pengagihan bekalan Baja Sebatian Tambahan (Baja Padi 3) kepada pesawah di Kedah.

Mohamad mengesahkan beliau hadir selepas dipanggil SPRM untuk memberikan keterangan berhubung perkara berkenaan.

“Oh, tak ada. Pasal itu saya dah pergi, selesai dah. Semua dah pergi. Saya dipanggil untuk memberi keterangan jadi berikan kerjasama.

“Keterangan ambil masa kejap saja, lebih kurang 30 minit,” katanya ketika ditemui pada Pelancaran Jentera Pilihan Raya Amanah Melaka pada Sabtu.

Pada Sabtu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman memaklumkan Mohamad antara 37 saksi yang telah dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan isu berkenaan.

Keterangan Mohamad dirakam pada 16 September lalu di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Sementara itu, Mohamad berkata, beliau menyerahkan kepada peguam berhubung surat tuntutan undang-undang terhadap pemilik akaun yang didakwa membuat sangkaan jahat terhadapnya melalui media sosial.

“Surat itu bergantunglah. Saya serah pada peguam,” katanya ringkas.

Media sebelum ini melaporkan siasatan dibuka susulan aduan Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) yang diterima SPRM Kedah pada 26 Ogos lalu berhubung kelewatan pembekalan baja yang dilantik KPKM bagi memenuhi keperluan kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) seluas kira-kira 100,000 hektar.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved