Kes baja Kedah hampir selesai, Mohamad Sabu antara 37 saksi

LocalPolitics
19 Sep 2026 • 11:07 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kes baja Kedah hampir selesai, Mohamad Sabu antara 37 saksi

KAJANG – Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu baja di Kedah kini hampir selesai selepas 37 saksi dirakam keterangan, termasuk Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abdul Halim Aman berkata, siasatan berkenaan dimulakan pada 26 Ogos lalu dan berkaitan pelantikan TaaVeeKun Manufacturing Sdn Bhd oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

“Setakat hari ini kita telah merakamkan kenyataan seramai 37 orang saksi berkenaan dengan isu baja di Kedah termasuklah Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang telah dirakam percakapan beliau pada hari 16 September yang lepas.

“Ketua Setiausaha (KSU) kementerian juga telah dirakam percakapan pada 15 September,” katanya, di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan masih berlangsung namun dijangka dapat diselesaikan atau dimuktamadkan dalam tempoh satu hingga dua minggu lagi.

Menurutnya, lebih ramai saksi masih boleh dipanggil sekiranya diperlukan bagi melengkapkan siasatan.

“Siasatan ini menjurus kepada Seksyen 471 iaitu berkaitan dokumen palsu,” katanya.

Sebelum ini, SPRM memaklumkan 13 saksi sudah dipanggil dan dirakam kenyataan membabitkan Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawa, empat pegawai Lembaga Kemajuan Pertanian Muda dan lapan kakitangan Pertubuhan Peladang Kawasan.

Siasatan awal SPRM mendapati sepanjang musim terbabit, sebuah syarikat sepatutnya membekalkan 616,015 beg baja, namun sehingga September ini hanya 333,655 beg baja dibekalkan, kekurangan 282,360 beg. – KOSMO! ONLINE

The post Kes baja Kedah hampir selesai, Mohamad Sabu antara 37 saksi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved