Isu banjir, jalan raya dan air bersih dibangkitkan penduduk Kota Marudu

LocalPolitics
12 Nov 2026 • 11:39 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Isu banjir, jalan raya dan air bersih dibangkitkan penduduk Kota Marudu

KOTA MARUDU: Banjir, jalan raya dan bekalan air bersih menjadi antara isu dibangkitkan rakyat di daerah ini secara terus kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud menerusi Program Jelajah Aku Kasih Malaysia pada Sabtu.

Kesemua isu berkenaan dizahirkan penduduk kampung dan wakil penduduk daripada beberapa buah kampung ketika sesi dialog bersama pemimpin akar umbi, wakil-wakil agensi dan masyarakat bagi membincangkan isu-isu berkaitan di kawasan masing-masing.

Mustapha berkata beliau sedia maklum mengenai isu banjir di daerah Kota Marudu yang dianggap kritikal.

Bagaimanapun beliau memaklumkan sudah ada cadangan untuk mewujudkan projek tebatan banjir yang telah diajukan kepada kementerian berkaitan termasuk Kementerian Ekonomi. Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada prioriti mengenai cadangan itu.

Katanya, mendengar rentetan mengenai isu banjir secara terus daripada rakyat menerusi program ini, maka pihaknya akan cuba usahakan supaya tebatan banjir yang disebutkan tadi diberi prioriti di daerah yang sering terkesan teruk ketika musim tengkujuh di negeri ini.

Mustapha berkata demikian kepada media sejurus selepas menyempurnakan pelancaran Program Jelajah Aku Kasih Malaysia di sini. Katanya, ini bukan sekadar sekadar program turun padang atau pertemuan antara kerajaan dengan rakyat, namun program ini membuktikan bahawa rakyat amat penting, setiap suara mereka perlu didengari, dan setiap lapisan masyarakat berhak merasai manfaat pembangunan negara.

“Semangat aku kasih Malaysia mencerminkan rasa cinta, tanggungjawab dan keprihatinan kita terhadap tanah air yang tercinta.

“Dengan itu kita bawa agensi-agensi daripada Persekutuan dan negeri agar semua maklumat serta dasar dan inisiatif kerajaan dapat disalurkan kepada mereka.

“Rakyat pula boleh terus menyuarakan permasalahan di peringkat akar umbi menerusi sesi dialog.

“Sekurang-kurangnya kita dengar sendiri suara akar umbi untuk kita membuat tindakan yang perlu termasuk menyelesaikan masalah seterusnya membawa perubahan sebagaimana yang mereka inginkan demi kesejahteraan bersama.

“Jadikanlah program jelajah kasih Malaysia ini sebagai ruang untuk kita memperkukuh hubungan, menyemarakkan semangat kebersamaan dan membuktikan bahawa kerajaan sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat,” katanya.

Dalam pada itu beliau berharap agar segala pengisian dan aktiviti pada program tersebut memberi manfaat serta meninggalkan kesan positif kepada Masyarakat Kota Marudu.

Dihadiri lebih 700 orang pengunjung, sebanyak 21 reruai pameran agensi kerajaan Persekutuan dan negeri yang menyediakan pelbagai perkhidmatan secara langsung kepada rakyat.

Ia termasuklah pemeriksaan kesihatan dan jualan rahmah Madani yang mendapat sambutan ramai. Hadir sama Ahli Parlimen Kota Marudu Datuk Wetrom Bahanda dan Pegawai Daerah Kota Marudu Meirin Sugara.

Sementara itu Mustapha turut menekankan bahawa kerajaan sedang merangka usaha termasuk Karnival Madani Kenali Borneo yang akan diadakan di Semenanjung Malaysia bagi mengangkat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai naratif nasional agar pemahaman mengenainya tidak terhad hanya kepada rakyat Sabah dan Sarawak sahaja.

Jelas beliau pihaknya  mahu supaya rakyat di Semenanjung memahami apa sebenarnya MA63 ini, apakah perjuangan yang ada disebaliknya?, kenapa kita perlu berpihak kepada Sabah dan Sarawak dalam memperjuangkan isu-isu tentang MA63 yang sebenarnya menjadi asas penting dalam pembentukan negara ini, kesedaran seumpama itu sangat penting, katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved