Isu Bazar Mahal: Ini Antara Lokasi Bazar Ramadan Rahmah Korang Boleh Pergi, Confirm Jimat!

30 Mar 2023 • 5:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kerajaan telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan Bazar Ramadan Rahmah sepanjang bulan Ramadan tahun ni. Kalau korang nak tahu, Bazar Ramadan Rahmah ni telah pun dilaksanakan di 38 lokasi di seluruh negara tau!

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh, Bazar Ramadan Rahmah ini dibuat sebagai inisiatif terbaru kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan menyediakan menu berbuka yang murah dan berpatutan.

Mana tidaknya, tahun ni ramai betul mengadu harga dekat bazar mahal betul tapi makanan yang dapat tak setimpal dengan duit yang dikeluarkan.

Jadi, korang mesti nak tahu kan dekat mana ada Bazar Ramadan Rahmah ni kan? Jom baca!

1. Bazar Ramadan Rahmah People’s Park Ipoh

Bazar Ramadan Rahmah yang terletak di People’s Park Ipoh ini beroperasi setiap hari dari jam 3 petang sehingga 7.30 malam.

Rata-rata makanan dan minuman di sana dijual pada harga bawah RM5 seperti Roti John, meatball, popia dan murtabak.

Untuk orang Ipoh, korang wajib singgah dekat bazar ni sebab peniaga dekat sana yakin yang korang memang dapat rasa perbezaan dari segi harga dan kualiti berbanding tempat lain.

Oleh: Wartawan PeraktasticBazar Ramadan Rahmah di People's Park hambar, kurang sambutan?IPOH: Hambar dan kurang…

Posted by Peraktastic on Wednesday, March 29, 2023

2. Bazar Ramadan Rahmah KL

Kalau korang nak tahu, Bazar Ramadan Rahmah di Kuala Lumpur pula ada di tiga lokasi tau! Satu terletak di Lorong Tuanku Abdul Rahman dan dua lagi di Tempat Letak Kereta Lorong Tunku Abdul Rahman Lot 4 dan di Jalan Raja.

Kesemua Bazar Ramadan Rahmah di KL ini melibatkan jumlah peniaga seramai 41 orang. Antara Menu Rahmah yang ada ditawarkan di sini termasuklah nasi goreng cina, kebab, roti john, nasi goreng ayam kunyit dan macam-macam lagi.

image is not available

3. Bazar Ramadan Rahmah Presint 14, Putrajaya

Untuk penduduk Putrajaya yang dah boring dengan bazar popular dekat Putrajaya tu, korang boleh cuba untuk pergi Bazar Ramadan Rahmah yang terletak di Presint 14.

Menurut tinjauan Awani di sana, korang boleh tengok peniaga-peniaga menjual menu dengan harga RM5 ke bawah, macam murtabak daging dan ayam kat sana hanya RM4, ada takoyaki RM5, air tembikai dan banyak lagilah yang berbaloi kalau nak dibandingkan dengan bazar lain.

[LANGSUNG] Tinjauan Bazar Ramadan Rahmah di Presint 14, Putrajaya | 29 Mac 2023

Ikuti tinjauan dan situasi Bazar Ramadan Rahmah di Presint 14 Putrajaya bersama Wartawan Astro AWANI, Fareez Azman.#InspirasiRamadan #BukalahHati #AWANInews

Posted by Astro AWANI on Wednesday, March 29, 2023

4. Bazar Ramadan Rahmah Kota Bharu

Manakala di Kelantan pula, seramai 80 peniaga telah menawarkan Menu Rahmah di tapak Bazar Ramadan Rahmah yang terletak di Stadium Sultan Muhammad Keempat.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail berkata antara yang menjual Menu Rahmah termasuk peniaga ayam percik, lemak lembu bakar, daging lembu, set nasi, minuman dan kuih-muih.

image is not available

5. Bazar Ramadan Rahmah Mydin

Kalau korang tak nak berpanas atau berhujan, korang boleh je pergi ke Bazar Ramadan Rahmah Mydin yang terletak di seluruh Malaysia.

Macam yang korang tahu, Mydin adalah antara yang pertama menyambut baik inisiatif Menu Rahmah oleh kerajaan ini dan ia tetap diteruskan sepanjang bulan Ramadan ni.

Korang boleh tengok juadah yang ditawarkan oleh Mydin ni, confirm kenyang dan tak yah keluar banyak duit pun.

Bazar Ramadan Rahmah di Mydin ni dibuka dari jam 3 petang sampai 8 malam.

Antara lokasi lain untuk Bazar Ramadan Rahmah adalah termasuk:

  • Bazar Ramadan Rahmah Bayan Baru, Pulau Pinang
  • Bazar Ramadan Rahmah Binjai Rendah, Marang, Terengganu
  • Bazar Ramadan Rahmah, Tanah Merah, Pendang, Kedah

Selain dapat harga yang murah, pengunjung Bazar Ramadan Rahmah juga berpeluang untuk menerima insentif RM20 seorang menerusi platform e-dompet. Inisiatif ini akan memberikan manfaat kepada 6,000 pengunjung terawal bazar yang terpilih.

Dah tak payah pening-pening fikir harga makanan kat bazar mahal dah lepas ni.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.