
Kota Kinabalu: Bekas pekerja Sabah Forest Industries Sdn Bhd (SFI) seramai 800 orang tidak lagi perlu risau untuk menyambut Krismas dan Tahun Baharu mereka dengan menyalakan lilin dan tanpa bekalan air.
Kerajaan Negeri bertindak pantas meringankan penderitaan mereka dan tanggungan membabitkan 640 rumah dan 3,000 penghuni, di Sipitang, susulan laporan muka depan akhbar Daily Express pada Rabu.
Difahamkan, bekalan elektrik dipulihkan pada 11.45 pagi, Rabu, atas arahan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
“Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri dan Ketua Menteri kerana menyelesaikan isu bil elektrik kami,” Jeffrey Gopog, jurucakap bekas pekerja itu, memberitahu Harian Ekspres.
Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memutuskan bekalan elektrik pada pukul 11 pagi Selasa lepas berikutan bil tidak dibayar berjumlah lebih RM700,000 yang terkumpul sejak dua tahun lepas.
Jeffrey berkata dengan penyambungan semula bekalan elektrik itu, bekas pekerja tersebut memutuskan untuk membatalkan rancangan demonstrasi aman mereka yang sepatutnya berlangsung pada Rabu.
SFI berada di bawah pembubaran dan difahamkan bahawa pengurus penerima Grant Thornton sepatutnya meneliti perkara itu.
Ia juga dilaporkan bahawa salah seorang eksekutif tertinggi Grant Thornton didakwa melakukan Pecah Amanah Jenayah membabitkan RM120 juta.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

![[VIDEO] Guru Biadap Dipecat Lepas Tindakan Ganggu Pelajar Sedang Solat Tular Di Media Sosial](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)


