[VIDEO] Guru Biadap Dipecat Lepas Tindakan Ganggu Pelajar Sedang Solat Tular Di Media Sosial

Entertainment
12 Dec 2022 • 3:09 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebagai seorang murid kita harus menghormati guru kita, kerana guru adalah sumber ilmu kita dan mereka ibarat lilin yang sanggup membakar diri demi menyuluh kita dengan ilmu di dunia ini.

Namun, masih wujud sesetengah pihak yang tidak menghormati antara satu sama lain, lagi-lagi bila ia melibatkan aspek keagamaan. Mesti kita marah kalau orang tak hormat agama kita kan?

Macam baru-baru ini, telah tular sebuah video di TikTok, memaparkan seorang guru di Florida, Amerika Syarikat yang menunjukkan tindakan biadapnya mengganggu beberapa orang pelajar beragama Islam yang sedang menunaikan solat.

@gawpu

i literally dont even believe what happened to me is real im still shook. #muslim #praying #tate #prayer #andrewtate #andrewmuslim #kanye #islam

♬ snowfall – Øneheart & Reidenshi

Meniup wisel dan pijak sejadah?

image is not available

 

Menurut portal Insider, insiden itu berlaku ketika tiga pelajar lelaki sedang menunaikan solat mereka di atas sejadah di dalam sebuah bilik.

Guru terbabit dikatakan masuk, meniup wisel dan berulang kali menghalang mereka daripada menunaikan solat.

“Tunggu ini di pejabat saya, dan kamu melakukan ‘silap mata’ ini?” kata guru tersebut.

Guru itu kemudian berjalan melalui ‘saf’ kumpulan pelajar berkenaan sebelum dilihat memijak sejadah semasa salah seorang pelajar itu sedang bersujud.

Walaubagaimanapun, pelajar-pelajar berkenaan tidak mengendahkan guru berkenaan dan terus menunaikan solat mereka.

Pihak sekolah telah mengambil tindakan

Menurut pemilik akaun, mereka bertiga telah meminta izin dua orang gurunya untuk menunaikan solat di dalam bilik berkenaan dan semuanya berada dalam keadaan tenang, sehingga guru terbabit masuk ke dalam bilik berkenaan.

image is not available

Kejadian yang berlaku di sebuah sekolah di Pembroke Pines, Broward County itu telah meraih perhatian warganet susulan video berkenaan menular.

Menurut Local 10 News, identiti dan status sebenar guru itu belum dikenal pasti namun, pihak sekolah sudah memulakan siasatan terhadap kepimpinan organisasi mereka dan menegaskan yang pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan tingkah laku diskriminasi.

Harap pihak sekolah dapat meningkatkan kesedaran mengenai hal ini supaya ia tak berulang lagi lepasni..

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.