Isu Bekalan Elektrik Ke Struktur Kuil Di Dengkil, Ini Kenyataan TNB

LocalPolitics
9 Jan 2026 • 9:35 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Isu Bekalan Elektrik Ke Struktur Kuil Di Dengkil, Ini Kenyataan TNB

Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengeluarkan kenyataan berhubung isu tular melibatkan penggunaan bekalan elektrik ke sebuah struktur kuil yang dibina di atas tanah persendirian di Dengkil, Sepang.

Menerusi satu kenyataan di Facebook, TNB berkata semakan awal mendapati bekalan elektrik hanya diberi kepada papan iklan berhampiran kuil.

“Manakala pihak kuil telah mendapatkan bekalan elektrik secara terus melalui papan iklan tersebut.

“Sehubungan itu, TNB sedang memantau situasi ini dengan teliti bagi memastikan semua langkah keselamatan elektrik di kawasan sekitar dipatuhi dan berada dalam keadaan selamat demi melindungi keselamatan orang awam,” katanya.

BACA JUGA: Isu Tapak Kuil Selesai, Pengurusan Kuil Setuju Pindah Lokasi Baharu – Dr Zaliha

Ujar TNB lagi, pihaknya juga akan terus memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa dan pihak berkaitan sekiranya diperlukan.

“TNB komited untuk bertindak secara bertanggungjawab dan berempati, serta sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat,” katanya lagi.

Sumber: TNB CareLine

The post Isu Bekalan Elektrik Ke Struktur Kuil Di Dengkil, Ini Kenyataan TNB appeared first on Siakap Keli.