Teknologi SmartPower HDR Ciptaan Intel dan Samsung Mengurangkan Penggunaan Bateri Sehingga 22%

TechnologyDigital
9 Jan 2026 • 2:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Beberapa bulan lalu, kami telah melaporkan bahawa Intel dan BOE telah bekerjasama untuk memperkenalkan satu teknologi kawalan olahan warna SmartPower HDR yang membantu untuk menggunakan teknologi olahan warna ini dengan menggunakan jumlah kuasa elektrik yang lebih rendah.

Di acara CES 2026, Samsung juga telah mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa Samsung Display juga akan bekerjasama dengan Intel untuk menghasilkan paparan skrin OLED yang mampu melakukan perkara yang sama.

image is not available

SPHDR akan menganalisa kadar kecerahan setiap bingkai video yang dihasilkan, dan bergantung kepada keperluan, akan meningkatkan dan merendahkan nilai kecerahan paparan secara automatik, dan kebolehan ini dilihat akan membantu menjimatkan penggunaan kuasa elektrik sebanyak 22 peratus, memberi pengguna komputer riba jangkahayat bateri yang lebih panjang.

image is not available

Teknologi ini akan digabungkan bersama-sama cip pemprosesan Intel Core Ultra Series 3 dan cip pemprosesan grafik terbina yang digunakan bersama-samanya. Komponen cip ini akan menggunakan algoritma khusus untuk menetapkan jumlah voltan yang diperlukan dan akan berkomunikasi dengan pengawal masa pada bahagian paparan untuk melaraskan penggunaan kuasa.

Satu lagi kelebihan yang diperlihatkan melalui gabungan ini ialah penggunaan teknologi HDR yang lebih menyeluruh, bukan sahaja pada kandungan, tetapi pada sistem operasi yang mungkin tidak menyokongnya dengan baik.

Ini rata-rata memperlihatkan bahawa semua, jika tidak kebanyakan komputer riba yang hadir dengan siri cip pemprosesan Intel Core Ultra Series 3 akan hadir dengan teknologi SPHDR tidak lama lagi.