Isu berhijab, Qistina Raisah bertudung sebab hormat peraturan di Kelantan 

5 Jun 2024 • 10:25 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Qistina Raisah

Pelakon remaja, Qistina Raisah tampil beri penjelasan mengenai penampilannya mengenakan hijab sehingga undang perhatian ramai di media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh aktres yang berusia 16 tahun itu di laman TikTok, dia memberitahu tujuannya memakai hijab kerana menghormati peraturan yang ditetapkan ketika berniaga di Kelantan.

Qistina Raisah

Qistina berkata sedemikian selepas ada individu yang mendakwa dia tidak menentu dalam mengenakan hijab dalam kehidupan sehariannya.

Susulan itu, pelakon drama Surat Untuk Tuhan itu memohon maaf kepada orang ramai mengenai penampilan sopannya sebelum ini sehingga undang salah faham.

Qistina Raisah

image is not available

“Asalamualaikum semua, saya kat sini nak cakap saya sebenarnya bukan on off (bertudung), saya pakai tudung hari itu sebab saya berniaga kat Kelantan, jadi peraturan di Kelantan vendor-vendor disitu kena pakai tudung untuk menghormati peraturan di sana.

“Memang ada kat sana ada yang tak pakai tudung cuma kami sebagai vendor kena pakai tudung. Jadi minta maaf mana yang sudah kecewa dengan saya,” katanya.

Dalam pada itu, Qistina meminta netizen untuk mendoakan yang baik-baik dan berharap dia terbuka hati untuk tampil dengan imej baharu kelak.

image is not available

“Insya-Allah satu hari nanti, korang doakan lah baik-baik, mana tahukan saya pakai (tudung) betul-betul.

“Jadi jangan cakap saya on off sebab saya memang bukan pakai tudung. Saya pakai pun sebab saya pergi Kelantan,” ujarnya.

Terdahulu, Qistina jadi bualan hangat ramai apabila dia berkongsi video mengenakan hijab dimana penampilan tersebut sangat berbeza dengan imej seksinya sebelum ini.

Mana tidaknya, dia sering mendapat kecaman daripada netizen gara-gara pemakaiannya yang mencolok mata dan beranggapan penampilannya itu tidak sepadan dengan usianya yang masih muda.

image is not available

Sumber: TikTok @Qistina Raisah